Perikatan Nasional (PN) menyelesaikan rundingan kerusi bertindih bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor dengan sebahagian besarnya ditandingi Bersatu.
Kesemua anggota asal PN–PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP–mendapat kerusi untuk ditandingi, termasuk Pejuang, sekutu baru mereka, walaupun tidak terlibat dalam rundingan.
Pejuang akan bertanding di Gambir, yang kini disandang oleh wakil rakyat BN Sahrihan Jani.
“Saya punya tugas runding kerusi-kerusi yang bertindih. Yang tak bertindih bebas untuk semua (bertanding). Yang bertindih dah selesai. Esok malam pengumuman calon di bilik gerakan di Muar.
“Saya selesai 34 kerusi, yang tak bertindih terpulang kepada parti masing-masing. Tak ada gusti. PN akan lead, bertanding atas nama dan logo PN,” kata Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor.

Butiran lanjut tidak diumumkan setakat ini. Pertindihan berlaku di 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rundingan berlangsung di di pejabat agung PAS di Kuala Lumpur. Bersatu diwakili oleh naib presidennya Ahmad Faizal Azumu yang juga bekas menteri belia dan sukan.
‘Kami gembira,’ kata Peja
Sementara itu Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya gembira dengan rundingan berkenaan.
“Kami gembira, kita bekerjasama.
“Insya-Allah kita usahakan untuk sama-sama berjaya, kami akan umum esok (calon),” katanya ringkas.





