30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Ayer Kuning: Lebih 50% keluar mengundi setakat 3 petang

    Shopee Sale

    Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 3 petang sebanyak 50.18 peratus.

    Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 31,281 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.

    Sebuah pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti akan ditutup lebih awal pada 4 petang, manakala 18 yang lain pada 6 petang.

    Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian mendapati proses pengundian berjalan lancar dalam keadaan cuaca cerah.

    Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun meluangkan masa meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bidor pada 10.30 pagi, manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin turut meninjau sekolah sama serta Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang, kira-kira 2 petang.

    MENARIK:  Umno NS sokong k’jaan negeri tapi hilang kepercayaan terhadap MB

    PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

    PRK ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah