30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nak Suami Yang Solat, Tak Solat Saya Reject’ – Fara Mendoza

    Shopee Sale

    Pelakon dan selebriti media sosial, Fara Mendoza menegaskan dirinya tidak akan berkompromi soal solat dalam memilih pasangan hidup meskipun individu tersebut memiliki kekayaan atau kehidupan yang mewah.

    Artikel Berkaitan: Fara Mendoza Berang Netizen Dakwa Diri Terlibat Dengan Isu ‘Cuci Duit’ – ‘Apahal Nama Aku Dipetik?’

    Lelaki cukup solat

    Menerusi perkongsian di Threads, Fara berkata lelaki yang menjaga solat lima waktu menjadi kriteria utama buat dirinya kerana soal iman dan tanggungjawab terhadap agama jauh lebih penting berbanding harta benda.

    Menurut Fara, ramai yang sering mempersoalkan mengapa dia tidak meneruskan hubungan dengan beberapa individu sebelum ini, namun dia mempunyai prinsip dalam menentukan calon suami.

    Ramai tanya kenapa tak kahwin dengan si dia? Kenapa tak jadi dengan dia? Rules nombor satu sebab dia tak solat.

    Maaf sangat, kaya macam mana pun kalau langsung tak solat, saya akan reject. Tak boleh macam itu, saya nak suami yang solat. Muktamad.

    Kenyataan Fara itu turut mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju bahawa aspek agama dan tanggungjawab terhadap ibadah sememangnya penting dalam membina rumah tangga yang baik.

    MENARIK:  Fattah Amin Jawab Kenapa Wajah Sugul Hadir Ke Mahkamah – ‘Saya Bukan Robot, Ada Perasaan’

    Perkongsian tersebut juga mengundang pelbagai reaksi netizen yang memuji pendirian pelakon itu kerana meletakkan soal agama sebagai keutamaan berbanding kemewahan atau status seseorang lelaki.

    Sumber: Threads

    The post ‘Nak Suami Yang Solat, Tak Solat Saya Reject’ – Fara Mendoza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah