31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penunggang motosikal cedera parah dilanggar pemandu mabuk, lawan arus

    Shopee Sale

    Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus dalam kejadian di Persiaran Kota, Klang.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata insiden yang berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam tadi mengakibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 20-an telah tercampak dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kaki kanan.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza yang dipandu suspek, seorang lelaki berusia 30-an, dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam dipercayai dipandu secara melulu dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer sebelum merempuh motosikal mangsa.

    “Hasil ujian saringan awal mendapati pemandu kereta tersebut positif alkohol. Suspek telah ditahan serta-merta untuk tindakan lanjut dan permohonan reman telah diperolehi daripada Majistret Klang Azilah Mat sehingga 15 Mei untuk membantu siasatan.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara minimum tujuh tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 sehingga RM50,000 selain penggantungan lesen memandu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  Polis panggil dua Adun PAS bagi keterangan himpunan di Menara Condong

    Lim berkata susulan insiden itu, mangsa telah menerima rawatan kritikal di Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, manakala suspek hanya mengalami luka ringan.

    Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Khairulnizam Abdul Talib atau mana-mana balai polis berhampiran.

    “Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah kesalahan serius yang menggugat keselamatan awam, justeru semua pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang, memandu secara berhemah dan tidak mementingkan diri sendiri bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah