26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tak bersungguh tangkap bekas suami saya – Indira

    Shopee Sale

    "Saya tak tengok anak saya sejak 2009. Anak perempuan saya kini berusia 16 tahun. Tidak lama lagi dia akan berusia 18 tahun. Apa yang pihak berkuasa tunggu?"

    Demikian rintihan guru tadika Indira Gandhi dalam usahanya selama 15 tahun untuk bertemu semula dengan anak perempuannya Prasana Diksa, yang telah dibawa pergi oleh bekas suaminya mualaf K Pathmanathan (yang nama Islamnya Muhammad Riduan Abdullah).

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas menghadiri pemantauan kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung usaha polis menahan Riduan, dia berkata tiada tangkapan dibuat walaupun lapan tahun berlalu sejak mahkamah sivil mengeluarkan perintah komital supaya pihak berkuasa menangkap bekas suaminya itu.

    Indira menyatakan bahawa dia tidak melihat sebarang bukti konkrit atau siasatan yang sewajarnya oleh polis untuk mengesan dan menangkap Riduan dan mendapatkan semula Prasana.

    Dia menegaskan bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan afidavit sekali dalam tiga bulan untuk menunjukkan usaha yang diambil oleh polis.

    “Pada pendapat saya, kandungan afidavit yang difailkan polis sejak empat tahun lalu adalah kabur dan tidak membantu dalam mengesan Pathmanathan.

    “Proses penyiasatan seperti yang dinyatakan dalam afidavit jelas menunjukkan bahawa polis telah gagal sama sekali melakukan sebarang usaha serius dalam mengesan Pathmanathan.

    MENARIK:  Najwan ingatkan Akmal: Najib pengerusi Khazanah ketika melabur FashionValet

    “Ini walaupun Pathmanthan adalah pemilik berdaftar kenderaan malah telah disaman kerana memandu laju," katanya.

    Prasana masih bayi apabila Riduan dilaporkan membawanya pergi pada 2009 selepas memeluk Islam.

    Riduan dan Indira kemudian terlibat dalam perebutan hak penjagaan antara agama selepas dia secara sepihak mengislamkan Prasana dan dua lagi anak mereka.

    Pada 2014, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan polis mendapatkan semula Prasana daripada bapanya. Pada 2016, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN) menahan Riduan.

    Pada 2018, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan penukaran agama kanak-kanak secara unilateral adalah menyalahi undang-undang kerana keputusan sedemikian memerlukan kebenaran daripada kedua ibu dan bapa. Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap untuk Riduan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah