28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan 3 lelaki disyaki curi elektrik bagi lombong bitcoin

    Shopee Sale

    Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi perlombongan bitcoin dengan melibatkan kerugian dianggar RM1.28 juta, pada Selasa dan semalam.

    Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata kesemuanya yang berusia 40 hingga 48 tahun ditahan menerusi Op Letrik yang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Seal Tenaga Nasional Bhd (TNB).

    Beliau berkata hasil serbuan terhadap sembilan premis di sekitar bandar raya Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Segamat dan Tangkak merampas 87 mesin melombong bitcoin yang dianggar bernilai RM217,500.

    MENARIK:  Sebagai mangsa, memerangi penipuan kini adalah jihad saya

    “Turut dirampas pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba, modem router dan beberapa anak kunci. Berdasarkan siasatan, mereka menyasarkan kawasan perumahan dan rumah kedai sebagai tempat operasi.

    “Kegiatan mencuri elektrik ini juga telah menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM1,289,371.86,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah