28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat video tular pergaduhan ketika Pesta Kaamatan

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat video tular memaparkan kejadian pergaduhan di Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) dekat Penampang ketika sambutan Pesta Kaamatan yang lepas.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir berkata siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu.

    Beliau berkata pergaduhan itu tidak melibatkan penggunaan sebarang senjata dan berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

    “Setakat ini, beberapa individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    MENARIK:  Ahli kongres AS nak tukar nama Teluk Mexico jadi Teluk Amerika

    Erwansyah berkata polis juga sedang mengenal pasti semua individu terlibat serta mengesan saksi-saksi kejadian, selain rakaman video tular turut diteliti bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.

    Beliau berkata orang ramai turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut kerana boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu ketenteraman awam.

    Katanya polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu untuk segera menyalurkan maklumat berkenaan di balai polis terdekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah