Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkongsi pengalaman menjalinkan hubungan cinta dengan individu yang bukan beragama Islam.
Artikel Berkaitan: Netizen Suruh Kahwin Sebab Nampak Sunyi, Daiyan Trisha Tampil Beri Jawapan
Artikel Berkaitan: Pernah Dianggap Beban, Daiyan Trisha Tak Putus Semangat & Berhasil Jana Pendapatan Jutaan Ringgit Dengan Usaha Sendiri
Ciri-ciri pasangan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Daiyan, 32, menegaskan bahawa setiap hubungan yang dijalinkan adalah dengan niat untuk membawa ke arah perkahwinan.
Menurut Daiyan, dia meletakkan agama sebagai keutamaan dalam memilih pasangan hidup sekali gus berharap bakal suaminya merupakan seorang Muslim.
Saya ada seorang istimewa tahun lepas tapi dia bukan beragama Islam.
Kami tidak boleh berkahwin. Saya tidak bercinta saja-saja. Saya bercinta untuk dikahwini.
Mula-mula dia tidak ambil kisah sangat. Tapi lama-kelamaan perkara ini jadi isu.
Pasangan saya perlu beragama Islam.
Tambah pelantun lagu Penat itu, mana-mana individu yang ingin mendekatinya khususnya yang bukan beragama Islam perlu mempunyai kerelaan hati dan kesungguhan untuk mendalami agama tersebut.
Kalau tidak, awak kena rela masuk Islam. Bukan saja masuk tapi kena pratikkan.
Awak tidak saja mengahwini saya tapi keluarga saya, dan adat.
Kebanyakan yang masuk Islam hanya sekadar atas kertas. Perkara itu tidak cukup untuk saya.
Saya tak mahu itu kerana perkara ini penting.
Sumber: TikTok @headoverheelspodcast
The post [VIDEO] Daiyan Trisha Utamakan Agama Dalam Memilih Pasangan – ‘Saya Tidak Bercinta Saja-Saja’ first appeared on OHBULAN!.



listen to the full episode now on @youtube, @spotify & Apple Podcasts — EP106 “Dating Standards & Setting The Rumours Straight”

