Sebuah jenama kelengkapan bilik mandi di Stavropol, Rusia menerima kecaman hebat selepas menganjurkan pertandingan minum minuman daripada mangkuk tandas dengan menawarkan wang tunai 100,000 rubel (kira-kira RM5,000).
Artikel Berkaitan: Peniaga Cendol Bongkar Taktik Pelancong ‘Mat Saleh’ Dapat Makanan Percuma
Artikel Berkaitan: Tidur Dengan Mat Salleh & Gugurkan Kandungan, Perbuatan Jijik Lana Akhirnya Kantoi! Netizen Puas Hati Tengok Babak Chacha Maembong Kena Cekik
Pertandingan minum dari mangkuk tandas

Pertandingan yang dinamakan sebagai ‘Games of Thrones’ itu memerlukan peserta untuk berlutut di hadapan mangkuk tandas dan perlu minum minuman di dalamnya menggunakan straw.
Difahamkan, mereka yang terpantas akan mara ke pusingan seterusnya dan memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan oleh jenama itu.
Pada pusingan kedua, tujuh finalis dikehendaki kekal duduk di atas mangkuk tandas selama yang mungkin untuk menuntut gelaran ‘Raja Tempat Duduk Tandas’.
Meskipun penganjur menegaskan mangkuk tandas itu bersih, baharu dan tidak digunakan namun perkara itu tetap mengundang perhatian orang ramai yang menyifatkannya sebagai tidak wajar.
Pertandingan itu mendapat kritikan hebat dalam talian selepas gambar peserta minum mangkuk tandas tular.
Rata-rata menyifatkan perbuatan itu adalah sesuatu yang menjijikkan selain mempersoalkan etika pemasaran jenama itu.
Bagaimanapun, penganjur mempertahankan acara itu dengan mengatakan pertandingan itu adalah cara baharu untuk menarik perhatian dan para peserta adalah sukarelawan yang rela.
Sumber: The Standard
The post Pertandingan Minum Daripada Mangkuk Tandas Undang Kecaman, Penganjur Tawar Hadiah RM5,000 first appeared on OHBULAN!.





