27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tolong Jangan Kongsi Momen Berpelukan Antara Lelaki & Perempuan’ – Aisha Retno Ditegur

    Shopee Sale

    Perkongsian penyanyi, Aisha Retno yang memuat naik momen manis bersama tiga sahabatnya iaitu Danial Chuer, Elica Paujin dan Yazmin Aziz mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Aisha Retno ‘Bocor’ Sedikit Arrangement Lagu Tak Adil – ‘Gimik Ini Dah Fikir Dua Tiga Kali’

    Netizen tegur

    Menerusi hantaran tersebut, Aisha dilihat berpelukan bersama Danial, Elica dan Yazmin sebagai tanda kegembiraan selepas mereka kembali berkumpul buat pertama kali sejak menyertai program Big Stage musim keempat pada tahun 2022.

    Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang berpendapat aksi berpelukan antara lelaki dan perempuan kurang sesuai serta tidak menjaga batas pergaulan.

    Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai teguran, ada yang berpandangan tidak salah untuk mereka merakam momen istimewa bersama, namun berasakan tidak perlu dikongsikan secara terbuka di media sosial kerana dikhuatiri boleh mengundang fitnah.

    MENARIK:  [VIDEO] Saiful Malaysian Idol Berubah Imej?

    Malah, ada juga yang berpendapat kenangan indah itu lebih baik disimpan sebagai memori peribadi berbanding dimuat naik untuk tontonan umum.

    Pada masa sama, terdapat netizen yang memahami keterujaan empat sahabat itu selepas sekian lama tidak bertemu, namun berpandangan setiap individu tetap perlu menjaga batas dalam setiap perkongsian di media sosial.

    Untuk rekod, Big Stage musim keempat menyaksikan Elica Paujin muncul sebagai juara, diikuti Danial Chuer selaku naib juara, Aisha Retno di tempat ketiga, manakala Yazmin Aziz menduduki tempat keempat.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tolong Jangan Kongsi Momen Berpelukan Antara Lelaki & Perempuan’ – Aisha Retno Ditegur first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah