29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis: Pelarian Rohingya dibawa ke petempatan ditempatkan NGO Kaladan

    Shopee Sale

    Kesemua 113 pelarian yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak semalam hari ini dibawa ke penempatan ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Kaladan.

    Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata kesemua pelarian, termasuk seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri pelarian Rohingya, bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur pada kira-kira 4 petang.

    “Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata mereka telah diserahkan kepada Kaladan, yang berpangkalan di Ampang, Selangor.

    “Pelarian paling tua berusia 60 tahun manakala yang paling muda ialah bayi berusia sebulan,” katanya.

    Beliau berkata sebelum ini, kesemua pelarian didapati memiliki dokumen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang sah selepas proses pemeriksaan dan dokumentasi dijalankan ke atas mereka.

    MENARIK:  Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda

    “Pecahan pelarian Rohingya melibatkan 36 lelaki dan 21 wanita dewasa, serta 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan,” katanya.

    Kumpulan itu tiba di ibu negara pada awal pagi semalam dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang.

    Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata depoh tahanan Imigresen tidak boleh digunakan bagi menempatkan pelarian berkenaan kerana kemudahan itu hanya dikhaskan untuk warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen pengenalan diri sah.

    Beliau berkata pemegang kad UNHCR dibenarkan berada di Malaysia atas dasar kemanusiaan namun kedudukan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang tempatan yang berkuat kuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah