Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime meluahkan hasrat untuk bergandingan dengan aktres, Fasha Sandha dalam sebuah naskhah pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha ‘Sekolahkan’ Rakan Sekerja Sering Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Perlu Saya Sebut Nama Dia’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Akui ‘Nervous’, Dapat Izin Mentua Pindah Rumah Sendiri – ‘Ini Yang Ditunggu Sejak Kahwin’
Berlakon bersama

Menerusi satu komen di media sosial, Atikah secara berseloroh berkata dia sanggup mengetepikan seketika urusan perniagaannya demi merealisasikan impian berlakon bersama Fasha.
Saya memang serius nak berlakon dengan awak. Saya sanggup tinggalkan jualan ubat gigi sekejap semata-mata nak berlakon dengan awak.
Membalas komen tersebut, Fasha mengakui terharu dengan kata-kata Atikah dan menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang sangat merendah diri.
Terharulah saya. Adik yang kaya raya, seorang Datin yang sangat humble, sanggup komen dekat saya macam ini.
Insya-Allah, semoga ada ruang dan peluang untuk kita berlakon bersama-sama. Semoga perniagaan awak terus sukses.
Sumber: Instagram
The post Fasha Sandha Terharu Atikah Suhaime Luah Hasrat Ingin Berlakon Bersama – ‘Datin Yang Humble’ first appeared on OHBULAN!.





