30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat dakwaan minit JAC bocor bawah OSA, Kanun Keseksaan

    Shopee Sale

    Polis telah melancarkan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

    Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata siasatan memberi tumpuan kepada bagaimana maklumat dalaman tersebut boleh terdedah dan disebarkan di media sosial.

    “Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan pendedahan dan penyebaran disyaki minit mesyuarat JAC.

    “Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” kata Khalid dalam kenyataan hari ini.

    Khalid berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 8 OSA, berhubung kesalahan menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

    MENARIK:  Adakah Anwar akan setuju hasrat BN tanding 115 kerusi parlimen?

    Selain itu, polis turut menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat semasa menjalankan tugas) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar).

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah