Insiden banjir besar yang melanda Nepal mendapat perhatian ramai apabila tragedi berkenaan turut melibatkan rakyat Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 50 individu dilaporkan masih belum dapat dihubungi.
Artikel Berkaitan: Banjir Besar Di Nepal, 17 Rakyat Malaysia Antara Dilaporkan Hilang
Curi emas mayat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), seorang individu dipercayai terkorban selepas menjadi mangsa banjir besar yang melanda Nepal.
Hantaran tersebut mencuri perhatian selepas timbul dakwaan bahawa anting-anting emas yang dipakai mangsa ketika ditemukan telah diambil oleh beberapa individu di lokasi kejadian.
Insiden itu mengundang kemarahan ramai apabila tindakan berkenaan disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan susulan tindakan pelaku yang menarik rambut mangsa secara kasar demi mendapatkan emas yang dipakainya.
Sekadar info, lebih 380 orang pelancong termasuk 291 orang warga asing telah dilaporkan hilang selepas banjir besar melanda Nepal pada Rabu.
Berdasarkan lembaga tersebut, lebih 100 warga India, 17 rakyat Malaysia, 12 warga Britain, empat warga Afrika Selatan, tiga warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Australia dan seorang warga Belanda dilaporkan hilang.
Sumber: Instagram @subedishalik
The post Tular Video Dua Individu Didakwa Cabut Anting-Anting Emas Mangsa Banjir Besar Nepal first appeared on OHBULAN!.





