29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #ThrowbackXTRA: ‘Dulu Saya Kasar Macam Lelaki’ – Qistina Khaled Kongsi Punca Penampilan Kini Berubah Jadi Lebih Feminin

    Shopee Sale

    Siapa sangka sebuah watak lakonan mampu memberi impak besar sehingga mengubah cara seseorang melihat dirinya sendiri daripada seorang kasar kepada lebih feminin.

    Itulah yang pernah dilalui pelakon, penyanyi dan model Qistina Khaled apabila mengakui karakter yang dibawakannya menerusi drama TV3, Calar Cinta, menjadi antara faktor yang membuatkan dirinya mula tampil lebih feminin berbanding sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Pengikut Ramai Bukan Tiket Jadi Pelakon, Yang Penting Bakat & Niat’ – Qistina Khaled

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sering Ditegur ‘Chubby’, Qistina Khaled Susut 20kg Dalam Setahun – ‘Tak Cucuk Atau Potong Perut Tapi Diet Ekstrem’

    Kasar Seperti Lelaki

    Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu in, Qistina mengakui dia sebelum ini mempunyai personaliti yang agak kasar sehingga menganggap dirinya lebih menyerupai seorang lelaki daripada segi percakapan, penampilan dan cara membawa diri.

    Saya dulu seorang yang kasar, sekarang saja dah berubah. Dulu saya memang macam seorang lelaki.

    Malah, perubahan itu berlaku secara spontan apabila dia tiba-tiba terdetik untuk mencuba imej dan personaliti berbeza.

    Baru tahun ini dalam sebulan macam itu saya tiba-tiba rasa nak ubah personaliti, penampilan, cara saya bawa diri. Sebab tahun lalu saya keluar pakai hoodie, sweatshirt, jalan pun macam lelaki, cara cakap pun kasar.

    Watak Dalam Calar Cinta Jadi Titik Perubahan

    Dalam masa sama, Qistina mendedahkan watak yang dibawanya menerusi Calar Cinta membuatkan dia mula mengenali sisi dirinya yang lebih lembut.

    Katanya, dia merasakan mempunyai hubungan yang cukup dekat dengan karakter berkenaan sehingga sisi feminin itu hadir secara semula jadi ketika menjayakan watak tersebut.

    Ada satu watak ini saya bawa untuk drama TV3 Calar Cinta yang buatkan saya rasa karakter itu sangat sesuai dan jiwa saya dekat sangat dengan watak perempuan itu. Bila nak bawa watak itu saya rasa sangat lembut.

    Dari Tak Pernah Pakai Dress, Kini Lebih Selesa Feminin

    Bukan sekadar personaliti, gaya pemakaian untuk drama berkenaan turut membuka perspektif baharu buat Qistina.

    MENARIK:  Sekali Lagi Lakar Sejarah! Lady Gaga Sarung Busana Rekaan Rizman Ruzaini Di Las Vegas

    Jika sebelum ini dia lebih selesa mengenakan pakaian santai seperti hoodie dan sweatshirt, pengalaman mengenakan gaun ketika menjayakan watak tersebut membuatkan Qistina mula menghargai sisi feminin dirinya.

    Dari segi penampilan pun daripada karakter itu juga sebab selalu pakai dress dan saya rasa macam, ‘Cantiknya’. Tapi sebelum itu tak pernah pakai dress langsung. Lepas karakter itu saya rasa sangat sesuai dengan diri saya. Orang pun cakap benda sama.

    Lebih menarik, Qistina melihat perubahan luaran itu secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap personalitinya.

    Bila dah tukar penampilan, automatically karakter saya pun akan berubah. Saya rasa saya akan kekalkan penampilan seperti ini.

    Daripada seorang yang lebih selesa dengan imej ‘tomboy’ kepada penampilan yang lebih lembut dan feminin, pengalaman Qistina membuktikan bagaimana proses mendalami sesuatu watak bukan sahaja mampu memberi kesan terhadap persembahan seorang pelakon, malah kadangkala membantu mereka menemui sisi diri yang tidak pernah diterokai sebelum ini.

    The post #ThrowbackXTRA: ‘Dulu Saya Kasar Macam Lelaki’ – Qistina Khaled Kongsi Punca Penampilan Kini Berubah Jadi Lebih Feminin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah