Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun kurang selesa apabila dirinya digelar sebagai pendakwah atau agamawan meskipun sinonim dengan imej Islamik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak Angkat Saya Sudah Mula Bertanya Siapa Ibunya’ – Hafiz Hamidun
Gelaran pendakwah

Ketika ditemui , Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafiz Hamidun, 42, mengakui gelaran-gelaran seperti itu datang dengan tanggungjawab yang besar iaitu melibatkan agama.
Saya sebenarnya tak nak orang panggil dengan gelaran-gelaran yang berat. Contohnya ustaz, pendakwah, Imam Muda, Da’i dan sebagainya.
Sebab gelaran ini ia datang dengan bebanan yang sangat berat. Kita pun sedia maklum, banyak kes-kes melibatkan personaliti-personaliti Islamik.
Menurut Hafiz, setiap bidang mempunyai cabaran tersendiri, namun bidang yang berteraskan Islam memerlukan lebih banyak perkara untuk diberi perhatian terutama dalam soal menjaga nama baik agama.
Saya tak mahu agama kita dipandang tak elok atau istilah sekarang ini menunggang. Semua bidang susah, cuma dalam bidang Islamik kita banyak batas.
Ada banyak kena jaga, perbatasan dan pergaulan kita. Tapi pada saya kita kena jadi realistik.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media album terbaharunya, Salawat The Beloved, yang berlangsung di Royal Chulan Kuala Lumpur pada Khamis.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Kasih Padamu itu tetap optimis untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.
Tambah Hafiz, dia mahu memberikan impak positif terhadap orang ramai, selain sedaya upaya mengelakkan diri daripada terpalit dengan isu sensasi.
Saya cuba kalau tak banyak, sikit untuk orang dapat (manfaat) dan kesan daripada apa yang saya buat, itu yang saya mahukan.
Memang benda ni tak senang, tetapi tak juga susah. Jadi saya faham macam mana dan apa yang orang nak dan saya cuba kalau boleh elakkan benda-benda yang menyebabkan kontroversi.
Sementara itu, Hafiz juga berkongsi bahawa dia pernah berdepan dengan segelintir pihak yang mempersoalkan pemakaiannya.
Imej ini saya sebenarnya tak nak pun pakai macam itu. Pernah ada juga yang marah, katanya penyanyi nasyid kena pakai kopiah. Tapi saya kata, tak semestinya dan saya cuba nak keluar dari stereotaip ini.
The post [VIDEO] Hafiz Hamidun Kurang Selesa Digelar Pendakwah – ‘Gelaran Ini Datang Dengan Bebanan Yang Sangat Berat’ first appeared on OHBULAN!.





