28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Anggap Populariti Sangat Mahal, Aiman Hakim Pilih Hidup Sederhana Daripada Jadi ‘Terlalu Terkenal’ – ‘Buat Apa Ada Duit 1 Billion Tapi…’

    Shopee Sale

    Dalam industri hiburan, populariti sering dianggap sebagai ukuran kejayaan. Lagi ramai mengenali wajah seseorang artis, lagi tinggi nilai komersialnya, lebih banyak tawaran dan lebih besar pengaruh yang dimiliki.

    Namun bagi pelakon Aiman Hakim Ridza, populariti bukan sesuatu yang mahu dikejarnya tanpa batas.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aiman Hakim Ridza Nasihat Isteri – ‘Saya Tekankan Tentang Keperibadian, Bukan Semata-Mata Pemakaian’

    Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Belajar Membaca Sendiri Sejak Kecil, Aiman Hakim Ridza Rupanya Pernah Nak Jadi Ustaz

    Populariti Sangat Mahal

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Aiman melihat kemasyhuran yang terlalu besar sebagai sesuatu yang mempunyai harga cukup mahal iaitu kehilangan kebebasan untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa.

    Populariti itu sebenarnya sangat mahal. Tak tahulah kepada orang lain, tapi untuk diri saya sendiri saya tak berminat dengan populariti secara meluas.

    Terkenal Sampai Tak Boleh Jadi Orang Biasa, Masih Berbaloi?

    Menjelaskan pandangannya, Aiman mengambil legenda pop dunia Michael Jackson sebagai contoh bagaimana seseorang boleh memiliki hampir segala-galanya dari sudut material, tetapi pada masa sama kehilangan sebahagian kehidupan normal yang dinikmati orang lain.

    Contohnya seperti Michael Jackson, he have everything but sebenarnya dia tak ada apa-apa dalam kehidupan ini. Dia tak boleh nak keluar membeli-belah seperti orang biasa, tak boleh nak makan mamak.

    Kalau tak boleh melalui kehidupan seperti orang biasa, apa guna ada duit 1 Billion sekalipun.

    Tak Salah Mahu Berjaya, Tapi Sampai Bila Mahu Mengejar?

    Bahagian paling menarik daripada pandangan Aiman mungkin bukan mengenai Michael Jackson atau jumlah wang RM1 bilion. Sebaliknya, ia mengenai rasa cukup.

    At the end stop fokus kepada benda dunia in terms of material sebab benda itu tak akan cukup, tak akan habis.

    Menariknya, pendirian Aiman ini bukan sesuatu yang muncul secara tiba-tiba.

    MENARIK:  Suara Dari Seberang Menjadi Fenomena! 5 Penyanyi Indonesia Ini Cipta Impak Di Malaysia

    Pada Februari lalu, dia pernah menjelaskan dirinya lebih seronok berada di rumah bersama keluarga dan mengakui menyukai pekerjaannya sebagai pelakon, tetapi tidak begitu menggemari kehidupan sebagai seorang selebriti.

    Malah sejak bertahun-tahun lalu, Aiman juga konsisten mahu kehidupan peribadinya tidak mengatasi perhatian terhadap kerjaya seninya.

    Jadi apabila dia mengatakan populariti itu ‘mahal’, ia bukan sekadar kenyataan dramatik. Sebaliknya selari dengan cara dia memilih untuk mengendalikan kehidupan sebagai figura dikenali ramai.

    The post POV XTRA: Anggap Populariti Sangat Mahal, Aiman Hakim Pilih Hidup Sederhana Daripada Jadi ‘Terlalu Terkenal’ – ‘Buat Apa Ada Duit 1 Billion Tapi…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah