25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis serah kertas siasatan kes kibar bendera Israel

    Shopee Sale

    Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan isu pengibaran bendera Israel ketika program “500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” yang berlangsung di Lembah Sireh, di Kota Bharu Jumaat lepas, kepada pendakwa raya negeri hari ini untuk tindakan lanjut.

    Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata penganjur program terbabit juga telah dipanggil semalam untuk siasatan lanjut dan dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

    “Kes ini disiasat mengikut tiga peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama hari ini.

    MENARIK:  Pelakon wanita, suami direman bantu siasatan kes tipu pelaburan jual lembu

    Pada Jumaat lepas, kejadian itu berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

    Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer, sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah