27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis pantau kenyataan, pendedahan berkait GISBH di media sosial

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu atau pihak berkaitan di media sosial berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berikutan terdapat beberapa pendedahan daripada individu selain bekas dan ahli kumpulan yang mempunyai kaitan dengan GISBH sejak kebelakangan ini.

    Susulan itu, beliau berkata satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman diberikan perananan untuk memantau tindakan berkenaan di media sosial.

    “Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan susulan fasa keempat Op Global yang dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam dengan 155 orang ditahan dan 186 mangsa diselamatkan.

    “Kita fokus kepada perkara ini dahulu sebelum ke fasa (operasi) seterusnya,” katanya.

    MENARIK:  Jeffrey Kitingan bukan sebahagian k'jaan negeri buat masa ini - Joachim

    Pada 11 Sept lepas, polis mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

    Berikutan itu, pelbagai pihak memuat naik hantaran di laman sosial berhubung pengalaman dan pandangan mereka mengenai fahaman agama termasuk ajaran sesat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah