Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor menjadi tumpuan kontroversi di tengah-tengah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan ucapannya dalam ceramah perdana PN-BN di Jempol pada 23 Julai lalu.
Kenyataannya yang menggambarkan orang Melayu hanya mempunyai ‘Tanah Melayu’, sementara orang Cina mempunyai negara China dan orang India mempunyai negara India disifatkan sebagai berbaur perkauman.
Bagaimanapun, Sanusi kini mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menurutnya memanipulasi kenyataannya.
Berikut merupakan transkripsi daripada video ceramah berkenaan:
Sanusi: Inilah kali pertama saya ceramah di Negeri Sembilan. Belum pernah lagi.
Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi ajmain. Rakan-rakan ahli parlimen Jempol. Mantan ahli parlimen. Orang-orang Negeri Sembilan wakil daripada Pahang. Ahli Parlimen Baling, rakan saya ada sini. Orang Kedah ada di sini ramai pasal PAS tugaskan, PAS Kedah bantu DUN Serting. Jadi kalau tuan-tuan jumpa orang Kedah tu, itulah orang yang datang membantu untuk kita menang di DUN N05 Serting.
Saya habaq kat kawan-kawan saya. Oleh kerana kita ni baru menikah, pintu bilik cari tak jumpa lagi. Takut tertukar dengan mak mertua. Ha jadi kata saya kalau ceramah tersilap kata hangpa janganlah marah lagi. Saya biasa tak kata kat orang. Saya kata kepada dasar-dasar. Tak betul, tak betul. Kalau betul, betul. Insya-Allah. Saya nak ucap tahniahlah kepada orang Negeri Sembilan. Orang Negeri Sembilan ni setakat saya kenal orangnya baik-baik. Ha bahasa dia indah-indah. Dia nak mengata orang pun dia berlapik, dia berkias macam-macam. Orang Kedah, dia tikam terus. Orang Kedah dia tikam cincang jejak kambus. Ha tu orang Kedah. Orang Negeri Sembilan tak, orang Negeri Sembilan kerana banyaknya adat istiadat. Banyak suku, banyak itu apa macam-macamlah level hierarki dia tu. Jadi dia berlapik banyak. Maka, indahnya bahasa orang Negeri Sembilan. Pasal ada Belalang ada, Padang ada apa. Kita tak ada ah tibal cicah-cicah tokak.
Orang Negeri Sembilan baik-baik. Bahasa dia tidak boleh menyentuh terlalu keras. Jadi kalau saya ceramah ni keras tuan-tuan, tuan-tuan faham ajalah. Saya ni orang Kedah. Orang Kedah ni berperanang je kerja. Kami peranang dengan Siam. Orang Kedah pada 1821, Siam berlakon nak minta beras. Mai dah di Kota Kuala Kedah satu kapal. Habaq kata depa kebuluran nak mai minta beras, 1821. Rupanya dia sudah bawa satu angkatan peranang sudah kepung di laut nak tawan Kedah. Hari tu pula Laksamana dengan Bendahara ni buat kenduri kahwin. Jadi ramailah orang dalam kota tu. Rupanya dia bukan nak minta beras, dia nak tawan negeri. Maka berlaku peranang. Perang besar tuan-tuan. Berapa hari orang Kedah peranang? 1821 - 1842. Hangpa nak suruh aku peranang PMX. Hang ingat 20 tahun aku tak larat tahan.
Lawan angkatan Siam Ligor. 21 tahun peranang. Akhir orang Kedah ni, Tunku Saad memimpin Angkatan besar yang datang tolong orang Kedah ni, orang Aceh daripada Sumatera, orang Riau, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan semua ketumbukan ni berhimpun serang balik Siam langgar. Dekat nak sampai Bangkok dah tuan-tuan. Betul ni bukan cerita dongeng. Kita dah langgar nak sampai Bangkok mai ribut taufan. Dulu bukan ada highway, bukan ada jalan raya lagu ni. Semua pakai kapal, pakai jong, pakai perahu. Orang Aceh mari pakai perahu. Orang Pahang pi pakai perahu. Orang Negeri Sembilan, orang Melaka semua pi berhimpun peranang dengan Siam. Langgar sampai Bangkok dah. Mari ribut taufan. Maka berundur balik.
Tuan-tuan sekalian tu ketumbukan, kehebatan, kekuatan kita. Kalau kita bersatu, bersatu padu, tak berpecah belah. Kerajaan yang paling megah pada waktu itu Siam. Orang putih dia mai kawan orang putih, Jepun mai dia kawan dengan Jepun. Siam ni negara yang tidak pernah dijajah. Tak percaya tanya cikgu sejarah. Tapi boleh, kita boleh lawan dia dengan syarat kita tidak berpecah belah. Fikir tentang Islam, fikir tentang ummah, fikir tentang bangsa. Jangan fikir tentang perut kita dulu.
Masalah bangsa Melayu ni dia kira perut dia, perut dia kenyang. Dia tak pedulikan bab lain. Kalau dia lapar, baru dia kacau. Kalau dia kenyang hang bangsa nak jadi apa? Agama nak jadi apa? Nak lingkup nak jahanam hang punya pasal, aku dah kenyang. Tuan-tuan hak lagu tu tak boleh jadi amalan kita dah. Tak boleh diutamakan lagi keutamaan pada waktu ini tuan-tuan sekalian. Kita dah 50 tahun lebih berada dalam perpecahan yang besar.
Tahun 73 kita pernah bercampur dah. Tahun 73 saya tak ada lagi tok. Saya lahir tahun 74. Hangpa tahulah aku muda lagi. Adalah chance lagi. Depa ni tak ada dah.
Kita bercampur dah tahun 70an. Berlaku peristiwa besar tahun 69. Anak-anak muda, rakan-rakan, adik-adik semua, kita pernah berperanang dah antara kaum di negara ni. Tahun 69. DAP tahun tubuh tahun 63. Sebelum ada DAP, tak peranang. DAP mari tahun 63 ditinggalkan benih tu oleh PAP. Lepas pecah dengan Singapura tahun 65 keluar pada Malaysia, dia tubuhlah DAP di sini. Ha tu depa kata DAP ni jadi modal. Mat Sabun kata, Mat Sabun kata DAP ni tak real. Dia kata isu yang fake hanya untuk menyatukan orang Melayu dapat undi untuk gila kuasa. Mat Sabun ni dia otak dia tak berapa nak betul dah. Nak ulas pun buat rugi masa, biar pi kat dia.. Berpecah berperanang peristiwa besar, saya tak tahu buku sejarah di sekolah la ni ada tulis ke tak peristiwa 13 Mei 1969 di bandar-bandar besar tercetus di Selangor merebak ke bandar-bandar sampai ke Pulau Pinang di mana ada Cina. Ni bukan pasal perkauman ni pasal sejarah berlaku pertembungan orang Melayu Masa tu tok tok guru kita tok ayah di Johor ada tuan guru Haji Saleh yang mengasaskan selendang merah. Kita tak ada pilihan dah. Belajar baliklah silap-silap ni kut kena peranang. Tempat saya pun belajar selendang merah. Saya tak ada selendang apa tuan-tuan. Mai ada kepal, siapa nak mai?
Tuan-tuan semua, selepas 1969, Tunku di hujung pemerintahan dia. Dilantiklah pengganti dia Tun Abdul Razak. Tun Razak lah ni buka FELDA-FELDA ni tuan-tuan ni. Di sini ada banyak FELDA tu. Orang Kedah pun ada sini, orang Perak pun ada. Depa ni tak usah duk tanya pasal adat istiadat Negeri Sembilan. Depa tak tahu. Depa bukan orang sini. Ha serupa dengan saya pun. Kalau terlajak minta maaflah. Saya bukan orang sini.
Tuan-tuan semua, digagaskan dasar ekonomi baru di bawah Tun Razak untuk capai satu matlamat penguasaan ekuiti bumiputera dalam kes ekonomi yang besar ni. Orang Melayu nak 30%. 70 lagi hangpa punya pasal lah. Hangpa reti meniaga hangpa modal banyak, tanah pun besar. British bagi tanah kat Cina, zaman British tuan-tuan bukan 10 ekar macam orang FELDA ni dapat. British bagi kat Cina 1,000 relung. 1,000 kelung ni ada 650 ekar tu seorang-seorang, syarikat-syarikat Cina dapat tanah. Baru ni saya tanya TNB buat ladang solar di Bukit Selama di Kedah. TNB beli tanah daripada seorang Cina, dia migrate pi Singapore. Dia jual tanah kat TNB 400 ekar, seorang. Dia jual dia kata mahu beli lagi tak? Saya ada lagi 1,000 ekar. Oh tuan-tuan bayang berapa luas British bagi tanah kat depa.
Kita dapat berapa? Kita yang tinggal di kampung-kampung. Tun Razak buat FELDA ni baru ada 10 ekar. Kalau tidak mana ada serelung pun tak ada. Sekat dengan adik-beradik. Sekat penyidai tu tanah hang. Lepas penyidai aku punya. Hang punya pi sampai pokok nyok. Hat tu ja tanah kita. Lepas pada tu tak ada sama kami di Kedah bendang sepetak hang punya. Sepetak aku punya. Bila mati pak nak bagi sepetak adik-beradik enam orang sepetak bahagi enam. Macam mana? Tak ada tuan-tuan. Maka dasar ekonomi baru ni digagaskan supaya orang Melayu boleh pegang kes ekonomi 30%.
Selepas 30 tahun kita hanya capai 18%. 18% saja. Maka timbul rasa tak puas hati. Mana kekayaan tanah ini pi? Siapa yang bolot? Siapa yang miliki? Kau tanya Anwar Ibrahim. Dia kata depa tu dia kata seorang menteri mati ada 4 bilion. Dia duk kira sakau seorang pun dia tak charge lagi. Siapa dia sakau? Tunjuk kat kita. Dia duk ulang sakau sakau sakau. Berapa orang dah dia dakwa kerana sakau? Tak ada tuan-tuan. Dia ligan Tun Daim. Sampai Tun Daim meninggal pun kes duk jalan lagi. Punya dendam. tahu pasal apa dia ligan Tun Daim? Dia boleh ulang sakau, Tun Daim tak ada dah nak defend diri tak boleh maka dia hantam orang tu. Tu lah Anwar Ibrahim. Dia tak berani masuk mahkamah tuan-tuan dia tak pernah berdiri di kandang lagi. Dia tak pernah buat kenyataan dalam mahkamah secara kenyataan bersumpah. Tak pernah. Hangpa ingat berani ka? Saya banyak kali saya banyak kali lawan ‘hobin jang’.
Hobin jang hobin, hobin sampai monang. Ha tu tagline saya tu bahasa Negeri Sembilan.
Kalau Kedah kata lagu lainlah. Tuan-tuan semua, selepas 30 tahun dapat 18% saja. Selepas 50 tahun, ni tahun 2026 lebih dah 50 tahun. Saya beranak tahun 74. Selepas 50 tahun tuan-tuan, kita masih berada pada tahap yang sama. Tapi kita tengok sektor politik, sektor ekonomi ni kita jem lah 18%. Sektor politik pula semakin hari semakin terhakis. Ada barua-barua Melayu orang-orang yang bersikap seperti watak buang dalam filem Sarjan Hassan.
Hangpa tahu? P. Ramlee punya.
Tahu ada watak ‘Buang’ yang jadi barua Jepun, Melayu. Siapa tu? Depa tubuh parti. Himpun puak ni semua duk sekali. Depa nilah yang mengikis kuasa politik Melayu pula selepas kita kehilangan ekonomi yang begitu besar. Tuan-tuan sekalian, Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China. Orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.
Ekonomi sudah tak dapat dikuasai. Politik pula terlepas. Makin hari makin sikit tinggal kat kita. Orang muda-muda yang rajin main game, yang tak peduli pasal parti, tak peduli pasal politik, hangpa tunggu 10 tahun lagi, negeri ni akan hilang kalau sebarang perubahan tak dibuat sekarang. Sekarang bukan besok. Now. orang Negeri Sembilan kata apa?
Ha bahasa saya tak boleh tunggu dah lepas 50 tahun dasar-dasar dalam pentadbiran, dalam pemerintahan telah mengikis kuasa politik orang Melayu. Hari-hari bangsa Melayu sendiri menghentam orang Melayu. Dia dedahkan macam-macam keburukan orang Melayu akibat satu dua peranangai, dia hentam satu Melayu peranangai serupa, menyebabkan orang bukan Islam, bukan Melayu pandang kita sekupang dua. Ini bahaya ni tuan-tuan. Politik, liberal, plural, pragmatis semua boleh. Asal aku boleh jadi perdana menteri. Hat ni hat duk terjadi ni di keliling dia watak-watak Buang ni penuh termasuk dalam Mat Sabun tu. Ha tu watak buang tuan-tuan. Defend DAP hari-hari, Melayu tak ada.
Dia gambarkan Melayu dengan sikap yang sangat buruk. Ambil contoh dua tiga kerat yang telah dilupakan. Bukan semua Melayu lagu tu. Ramai Melayu yang baik. Ramai Melayu yang ada kesedaran. Ramai Melayu yang bertoleransi. Boleh hidup bersama bangsa berbilang kaum, aman, harmoni macam di sini. Kita mana ada gaduh dengan siapa. Cina boleh buka kedai dalam kampung Melayu, boleh kaya meniaga di kedai tu tak ada siapa kacau dia. Betul tak?
Kita tak kacau orang tapi tanah kita ni hari semakin hari semakin tinggal sedikit kuasa politiknya. Hal ni kita susah hati. Tuan-tuan semua. Allah buat bangsa ni ada tanah. Kaum dia ada tanah dia. Siam duduk di Thailand, Vietnam duduk di Vietnam. Kampuchea duduk di Kemboja. Cina duduk China, India duduk di India. Kita jangan alpa, jangan lalai, jangan asyik main game, jangan asyik dekat tayar motor. Jangan asyik jadi Buang, jangan jadi barua DAP. Takut tanah ni satu hari nanti kita tak tahu tanah ni siapa punya.
Dulu nama ni tanah ni Tanah Melayu. Ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Ni cikgu sejarah duk ajar tadi tu. Tahun 48 Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malaya Union tahun 46. Bersetujulah raja-raja Melayu kongsi kuasa tubuh satu kerajaan di peringkat persekutuan untuk menghadapi ancaman komunis dan membina jati diri bangsa untuk mengisytiharkan Tanah Melayu ni tanah yang Merdeka. Sebab tu tubuh Persekutuan Tanah Melayu. La ni orang tak sebut dah tanah ni tanah Melayu. Orang nak sebut bahasa Melayu orang tak mahu, dia sebut bahasa Malaysia. Betul tak?
Bahasa kita ni bahasa Melayu. Tanah ni tanah Melayu. Bangsa kita bangsa Melayu, yang DAP nak buat Malaysian Malaysia. Tak ada bangsa. Semua bangsa Malaysia. Tujuan DAP. Hang kena sedar benda ni. Tak sedar 10 tahun lagi, tak tahulah siapa Melayu, siapa bangsa lain. Tak ada dah orang muda tak peduli dengan politik nak masuk parti pun tak mahu, kata ni buang masa, orang politik ni kotor, semua ni ditanam di kalangan orang muda supaya orang Melayu tak peduli dengan politik. Dahlah kali politik boleh kat orang lain (tak jelas). Maka hilanglah tanah ni, hilanglah nusa ni. Tak ada dah tuan-tuan. Tak ada ganti sesuatu dibuat kena dibuat sekarang. Something to be done now.
Kena buat la ni. Formula lain tak ada. Kena berpadu PAS dan UMNO. Jangan pecah dah. Jangan fikir temolok kita. Jangan fikir kelompok kita. Fikir bangsa dan agama kita. Boleh tak?
Hangpa sekupang dua kupang hangpa kira. Ini kan calon minta duit nak buka UDM (tak faham) aku tahulah. Macam mana tanah tak hilang lima? RM50 pun berkira. Negeri ni orang ambil dah, bukan nak ambil. Yang kita berkira RM50 boleh kat orang dah negeri ni la negeri ni kita nak ambil balik 1 hari bulan 8 boleh tak?
Bersedia tak? kita ambil balik hojang b hojang apa Hob jang hob hob jang hobiaang (tagline dalam loghat Negeri Sembilan tapi kurang faham) 1 hari bulan 8 kita menang. Depa cakap tu cakap Negeri Sembilan bunyi bila cakap Siam. Kita minum dulu.
Oi, depa kata tak boleh cakap tentang bangsa. Saya kena tangkap 3R. Kepala bapak hang 3R.
Oi, aku cakap pasal bangsa aku. Hangpa kata 3R. Hangpa cakap pasal bangsa hangpa dalam bahasa hangpa yang aku tak faham, bukan 3R?
Oi, dia cakap Cina kita tak tahu apa. Mujurlah ada orang terjemah, ada lah kawan-kawan terjemah hantar mai. Mereka lebih rasis daripada kita. Mereka lebih tajam sifat perkauman daripada kita. Tapi kita yang asyik kena marah. Pasal apa?
Pemimpin-pemimpin negara ni asyik marah orang Melayu, cakap pasal bangsa Melayu. Pasal apa? Kaum lain semua cakap pasal bangsa dia tak kena marah. Pasal depa kata hak minoriti. Kita majoriti tak boleh cakap pasal diskriminasi. Kepala bapak hangpa.
Orang yang risau, orang yang susah hati bila kita menaikkan semangat bangsa kita untuk bersatu padu adalah Pakatan Harapan. Pasal mereka adalah satu gabungan orang-orang pragmatisme yang semua boleh, apa pun tak apa, kut mana pun tak apa. Asal aku jadi Perdana Menteri, aku jadi menteri. Pragmatisme, kut mana pun boleh, depan boleh.
Aku tak mahu kata, hangpa yang kata. Semua kaum sayang bangsa dia. Beza kita dengan kaum lain, kita sayang bangsa kita tapi kita boleh bertoleransi, bertolak ansur menerima kaum lain hidup bersama dengan kita di tanah nenek moyang kita. Betul?
Melayulah bangsa paling bertoleransi, paling beradab, paling lemah lembut di dunia ni. Maka bangsa lain kena hormatilah kelembutan kita. Betul?
Hangpa jangan melampau macam DAP tu. Semua hal hangpa nak cucuk semua hal hangpa nak campur. Sampai undang-undang Islam pun hangpa nak masuk duk dalam tu juga, nak gubal undang-undang Islam. Kepala bapa hang. Tak boleh. Ada red line. Ada garis yang tak boleh dilangkah. Betul?
Jangan langkah. Duduk belah tu. Peuli bab hang sudah. Bab garis hang tak boleh campur. Jangan. Hak tu saja cara nak duduk sekali. Kalau hang duk campur, mai langkah pula aku. Aku sepak. Tak boleh. Takkan dia tak faham lama dah duk sini. Mungkin kerana dia tahu kita ni lembut, dia langkah mai. Kita pula pecah belah lepas tu asyik bertikam hang aku, dia langkah mai kita tak sedar. Itulah akibatnya. Tuan-tuan sekalian, bermula di Johor sekarang di Negeri Sembilan lepas ni di Melaka.
Marilah kita semua bersatu padu. Jangan berpecah belah. Jangan utamakan kelompok kita. Jangan berkira sangat, tengok dulu bangsa dan agama kita. Selamat hat tu, generasi akan datang akan kenang nenek moyang sebagai orang yang ada kesedaran meninggalkan tanah leluhur untuk mereka besarkan anak dan keturunan mereka pula di tanah ini. Jangan sampai anak cucu kita 50 tahun akan datang kencing di kubur kita kerana dia kata, Tok Wan aku, kerja berkelahi ja PAS dengan UMNO sampai kami tak tahu tanah kami ada di mana. Ha ni hari dia untuk pegang betul-betul kesedaran ni tuan-tuan sekalian. Kita pernah menikah dah dulu. MN 1.0 teriak dalam PWTC tu. Teriak bercerau air mata. Tak lama tuan-tuan masuk sikit ja jarum habis berselerak. Betul tak?
Hangpalah teriak tu. Berselerak habis, hilang kuasa. Allah beri lagi peluang yang kedua kepada kita. Datangkan senario ni semua untuk buka ruang. Berpadulah, bersatulah. Bukan Bersatu tu! Bersatu tu kerja tibai kita pasal apa tak tahu. Tuan-tuan sekalian, masuk pilihan raya, hang pembangkang. Hang nak ambil undi untuk hang menang. Hang kena ambil undi belah kerajaan. Betul tak?
Dia kena tutuh PH, ni dia duk tutuh PAS sapa dia nak undi dia? Selama ni dia hidup dengan undi PAS. Lepas tu dia tibai PAS. Tuan-tuan sekalian, tak lama dah kalau peranangai kekal, Bersatu akan ruyup daripada politik tanah air ni. Betul tak?
Ruyuplah senang. Apa kerja tibai PAS? Hang tibai PH. Aku nak dengar. Sepanjang saya duk dengar ceramah. Pemimpin-pemimpin Bersatu tak ada lagi kata kat PH. Semua kata kat PN. Semua kata kat PAS. Cuma dia tak berani kata kat saya. Hang try hang berani. Nak menang pilihan raya tibai sama-sama pembangkang. Gila! Hang kena tibai depa tu, duk tala senapang sama sendiri. Buat apa? Ha pi ikut Bersatu pula dah. Lupakan saja mereka.
Lupakan. Mereka ni bangsa yang tidak akan berjaya. Adakah masuk pilihan raya tembak sesama sendiri? Bodoh.
Tok buku. Biarlah dia salah seorang-seorang. Ini pilihan raya terakhir untuk depa ruyup lepas ni. Dia kena sedar dia kena masuk penyatuan ini untuk sama-sama naik atas bahtera besar ni. Gelombang di luar gelora terlalu besar untuk hangpa hadapi secara bersendirian. Marilah atas bahtera ini. Berpakatlah elok-elok. Jangan rasa besar kepala. Dia duk kira dia jadi pengasas. Lailahaillallah. Sejarah tu orang tak ungkit dah. Kalau hang asas orang lain tak turut hang nak pi dengan siapa? Tak ada. Kemarin dia kata PAS menang 43 kerusi kerana kerjasama Bersatu. Saya nak habaq hang menang 30 kerusi kerana kerjasama PAS. Lepas tu hang pecat pula 19 orang ahli parlimen. Bodoh tak bodoh?
Orang buat kerja bagi menang, dapat dah jadi ahli parlimen, dia pi pecat pula depa tu. Cerdik ke pandai? Ha bagi orang Negeri Sembilan dia kata, teruk pada tu lagi kan noh? Ha tak payah pedulilah depa ni. Ada berapa orang ja pun. Kalau depa nak menyertai bahtera besar ni depa kena duk dengan kita. Kalau tidak hang hanyutlah. Tak boleh buat apa. Ego besar. Berlagak, sombong, angkuh, bongkak. Ha bangsa ni kena tinggal walaupun dia sama bangsa dengan kita. Duk bongkak, duk sombong, duk angkuh, duk berasa besar kepala, besar diri, orang lain semua lekeh, aku seorang pandai. Ha, habis tak boleh tolonglah. Kalau nak ikhlaskan hati, berjiwa besar, reda atas penyatuan, berkongsi apa yang ada. Berpakat elok-elok. Mai lah bersama dengan PN, BN dalam PRN Negeri Sembilan ni. Lepas Negeri Sembilan ni tuan-tuan, kita nak pergi ke Melaka.
Lepas Melaka kita nak pergi Putrajaya. Iya. Apa? Tak percaya. Sedap orang Kedah cakap eh. Balik Kedah, depa kukuk lidah aku, mampus. Orang Kedah jangan main tuan-tuan, depa duk cerita dulu kawan tu pi Kuala Lumpur pi mengasuh, kerja mengasuh. Pi pi mengasuh tak jadi, sampai Pudu Raya tak jadi kerja mengasuh. Tak ada. Orang tu balik. Dia pun naik bas balik. Ah balik-balik pi kedai terus cakap Kuala Lumpur. Depa tangkap tau. Tangkap budak tu. Kukut lidah dengan cincin emas. Apa pi sehari cakap pelat dah. Dia kata ada teruk lagi baru selisih bas express KL ja terus cakap KL. Ada. Orang Kedah tak boleh tuan-tuan. Orang Kedah pure dia kena cakap Kedah. Jumpa mana di mana pun kena cakap Kedah. Sebab tu tuan-tuan saya mai Negeri Sembilan pun ceramah orang Kedah. Saya harap orang Negeri Sembilan faham semua.
Pasal bahasa Kedah pun ada dalam TV dah hoi. Hangpa pi tengok drama. Ha drama TV. Bahasa hak sedap. Bahasa Kedah bahasa Negeri Sembilan. Lain pada tu tak berapa sedap. Kita ada peluang ni mai sekali ni ja tuan-tuan sekali ni ja, orang-orang muda kena ambil kesedaran, ambil peduli tentang politik ni, kena ambil tahu. Jangan hilang minat. Hilang minat tu akibat propaganda musuh-musuh untuk hilangkan perhatian kita kepada tanah air kita. Itu semua bahaya. Ada banyak dah tuan-tuan. Saya baca satu buku telah hilang daripada dunia ini 10,000 bahasa. Bahasa hilang sekali dengan bangsa dan suku kaum tu. Apa yang terjadi selepas hilang 10,000 bahasa? Hilanglah ilmu yang diajar dalam bahasa tu. Ha tu bahaya. Maka tak boleh hilang bangsa, tak boleh hilang bahasa, tak boleh hilang tanah air. Akan hilanglah sebahagian ilmu yang menghidupkan kita turun temurun jadi orang Melayu ni. Kena pertahankan. Biarlah risiko kita besar.
Tuan-tuan semua pasal apa depa ni bahaya? Bila dapat kuasa Putrajaya, semua bajet, semua duit ringgit lungguk supaya negeri dia jadi elok. Negeri dia tak banyak tuan-tuan. Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang. Negeri yang ditabur dengan begitu banyak bajet. Pulau Pinang tu sejarahnya adalah Kedah. Ha ni panjang cerita tuan-tuan kena ceramah sampai cerah.
Selepas PH 2.0 ni, Pulau Pinang daripada dulu dia rancang satu dia panggil Penang Transportation Master Plan, PTNP. Penang Transportation Master Plan (PTMP) kos dia 4 billion. Macam-macam lah dia nak buat jalan barulah apa semua. Maka dia buatlah juga Tambun Pulau untuk menyurai trafik pi lalu kut tu. 4 billion. Marilah zaman, zaman la ni di mana DAP begitu berkuasa dalam kerajaan persekutuan hari ini. Kerajaan perpaduanlah yang paling banyak kerusi adalah DAP 40, PKR 30. Ni abang-abang kita ni hak insaf dah ni 30. Insaf dah. Sunat taubat tak berhenti. Pagi buat, tengah hari buat, lepas maghrib pun buat.
Paling besar kuasa DAP. Maka diluluskan untuk PTMP Pulau Pinang 16 bilion, 16,000 juta daripada kerajaan persekutuan. Tuan-tuan semua, apakah keperluan sebenar Malaysia? Negeri Sembilan masih ada masalah infrastruktur air?
Di Seremban mungkin tak ada sebab dia masuk dalam The Klang, The Greater Klang Valley masuk dengan Kuala Lumpur 200 km radius masuk daripada Lembah Klang termasuklah Seremban. Mungkin tak ada masalah air. Tapi di luar bandar, di Pahang masalah air, di Sarawak masalah bekalan air. Di Sabah duk bagi tong biru tadah paip kut jalan ni, tadah air hujan. Hangpa biasa tengok tak? Di Kedah ada masalah infrastruktur air. Di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan semua ada. Mana lebih penting? LRT atau air?
Orang Perak kata ayo. Orang Negeri Sembilan kata apa tau? Mana lebih penting LRT, air? Air. Orang Perak kata ayo, orang Kedah kata ayaq. Memang tak ada airlah kat Kedah. Ayaq ada. Tuan-tuan semua, 16 bilion tu yang dibagi nak buat LRT Pulau Pinang. Kalau mereka ni ada sifat ehsan, ada sifat adil, ada sikap sama rata persekutuan layan negeri-negeri, 16 bilion tu boleh diagih ke negeri-negeri untuk perbaiki infrastruktur bekalan air. Betul?
Kedah, untuk tukar semua paip satu negeri pada tahun 2008 kata audit, kita kena ada 1.6 bilion. Tukar semua paip. Paip ayaq kita ni tuan-tuan ada yang ditanam di zaman British. Asbestos, simen AC paip tak boleh pi dah air tersumbat dalam tu banyak sulfur air tak boleh lalu dah. AC paip ni kena tukar. Tiap-tiap negeri kena ada sebilion lebih untuk tukar paip ni. Alangkah indahnya kalau mereka ni bersifat adil, bersikap sama rata saksama antara negeri-negeri. Maka agihkan 16 bilion itu. Baiki dulu sistem infrastruktur air di negeri-negeri. Betul tak?
Oleh kerana mereka ni tamak, takut kepada DAP, nak tunjuk pada negeri DAP ni lebih baik pada negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS, oleh UMNO, oleh PN ni, maka dilonggok semua bajet pergi ke Pulau Pinang untuk buat LRT. Nampaklah Pulau Pinang tu moden. Nampak hebat, nampak gah. Siapa jadi kerajaan? DAP.
Maka orang-orang muda pun untuk maju, mai kita sokong DAP. Tu lah plan kepala bapa depa. Hangpa tak sedar, nak bagi nampak DAP tu elok, pandai, bijak, balas duit persekutuan pi lungguk negeri tu. Berapa rakyat Pulau Pinang? 1.7. juta. Berapa rakyat Kedah? 2.2 juta. Berapa Kedah dapat, 1.6 bilion? Dia ulang hari-hari. “Kedah saya pergi tolong. Kedah saya pergi tolong. Saya ulang,” Ulang kepala bapa hang.
Esok saya kena tangkap. Wei hangpa pi jamin wei.
Bajet-bajet besar ni tuan-tuan nak mengindahkan parti yang ada kuasa besar dalam kerajaan. Nak tayang, kata ni, pandai perintah ni. Tuan-tuan semua, Lim Guang Eng dedah pada satu ketika, reserve Pulau Pinang tinggal 40 juta, pada satu ketika, bukan pandai pun tak reti juga. Walaupun negeri tu telah diberi semua bajet yang diperlukan. Ada plan yang dinamakan the Greater Penang telah dilaksanakan begitu lama, nak bangunkan, nak hebatkan Penang ni. Dapatlah Penang tu kepada DAP, maka makin kencanglah bajet masuk negeri tu. 16 billion, buat LRT. Apa salah duit tu pi buat paip. Tolong orang kut felda-felda bagi air jalan elok. Betul tak?
Baru namanya adil. Baru namanya bertimbang rasa, baru namanya hang tak takut kat DAP. Baru namanya hang ada telur. Lah hang tak ada telur, hang takut DAP. Puji depa tu hari-hari, hentamlah kita ni. Mana tak sakit hati tuan-tuan. Sakit hati kita. Walaupun kata kat anak kita, anak kita buas sikit tapi duk kata hari-hari mahu tak geram? Kata sikit-sikit sudah ah. Aku pun tahu.
Tuan-tuan semua, Allah beri peluang kita sekali inilah. Mari kita buat elok-elok di Negeri Sembilan ni. Negeri Sembilan ni, PAS tak banyak. PAS ada tiga kerusi campur dengan rakan-rakan dulu menang atas nama PN, lima kerusi. BN menang 14 kerusi. Campur ni bolehlah bentuk kerajaan simple majoriti tapi masa tu kita tak berpakat sekali lagi. Tuan-tuan semua, Allah beri kita buka hati kita sekali ni jangan tutup dah lepas ni, pakat elok-elok. BN PN PAS UMNO bersatu. Yang tempat BN bertanding pakat-pakat ramai undi BN, tempat PN bertanding ramai-ramai undi PN, boleh tak?
Lepas ni kita tabalkan wakil daripada UMNO jadi MB. Ha depa habaq dah hari tu kita tak ada masalah tapi hang pi Kedah esok jangan habaq hantar UMNO jadi MB juga. Hangpa nak kena luku. Penting tuan-tuan. Kesedaran ni penting. Depa dah risau. Saya tengok muka kecut dah. Muka kurang darah. Kali ini kemarahan kita, kalau ikhlas, bersatu padu sungguh, jangan kok klek kok klek lah. Ha bulat tekad jalan terus. Boleh?
Kita ambil Negeri Sembilan, ambil Melaka, Pahang, Perak, semua negeri kita tapau. Akhir sekali kita tapau Putrajaya. Masa tu duk elok-elok buat kerja baik-baik. Hati mahu jernih, bersih. Jangan larut dengan godaan. Jangan larut dengan dunia. Betul-betul ikhlas, insya-Allah Allah akan limpahkan negara kita rezeki yang tidak disangka-sangka. Betul tak? Yakin tak?
Bila rakyat satu negeri beriman bertakwa, kami limpahkan mereka dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Ni Tuhan kata, takut apa? Mai kita jadi baik, mai kita bersatu padu, memikir tentang bangsa dan agama kita. Berjuang bersungguh-sungguh jangan kerja nak rembat ja. Depa ni pun tuan-tuan, jatuh Putrajaya esok kita korek seorang-seorang. Mahu tak?
Ha kerja tu bagi kat aku. Kita cungkil keluar habis hak celah gigi pun kita korek keluar. Ha depa berani. Depa kerja sebut benda tu ja tentulah depa pun duk buat juga. Pencuri tuan-tuan, pencuri, balik mencuri pukul 5 pergi selisih tok siak. Dia akan menjerit pencuri-pencuri. Dia tunjuk kat orang lain. Sebab tulah dia rajin jerit sakau sakau. Supaya dia nak suruh tengok kat orang lain. Jangan tengok hak dia duk sakau. Ha logik dia macam itu. Maka orang tak tengok dia. Orang tengok orang lain. Tok siak tu pun dah orang tu menjerit. Dia pun ligau tu. Rupanya kawan tu pun tok imam. Hat jerit tak sat ni lah pencuri dia. Ha lagu tu tuan-tuan kesedaran, pemikiran kritikal kena ada. Jangan turut semua. Apa hat depa tu kata. Memang kadang-kadang kita fikir logik hat depa kata tu. Pasal dia ulang, dia ulang, dia ulang sampai dia pun percaya. Tambahlah kita, dia bohong sampai dia percaya. Tambahlah kita. Ha dia benda tu berulang.
Tuan-tuan semua insya-Allah dengan kebaikan yang terzahir daripada penyatuan ini, maka kembanglah lagi banyak kebaikan. Kami di Kedah, rakan-rakan kita di Perak, Kelantan, Terengganu lepas ni akan memikirkan merancang bagaimanakah perpaduan ini harus dilanjutkan lagi sampailah Melayu kembali berkuasa di tanah ini. Oi, depa kata tak boleh cakap pasal bangsa Melayu. Dia kata Melayu paling banyak hantam Melayu. Hanglah punca. Hang pelaga hang cucuk orang putih panggil divide and rules. Dia pecah pecah pecah pecah dia perintah maka dia burukkan kita semua. Kita pun bodoh ikut hat dia kata. Tuan-tuan sekarang kita kena hidup, kita tentukan sendiri kehidupan kita. Jangan duk tentukan kehidupan kita ni oleh propaganda ni semua, mengarut. Balik pegang kepada Quran, pegang kepada hadis. Kemas betul-betul dengan agama, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Betul?
Ha pegang betul-betul. Jangan lari. Panas pun tunggu. Hujan pun kita tunggu. Hangpa nak lawan, hangpa tunggu. Hangpa nak kawal hangpa mai. Hangpa nak lawan, hangpa tunggu. Ha tu tagline saya. Orang Negeri Sembilan tak faham, tak faham sudah. Boleh kut tara tu noh. Saya harap- hoi hangpa nak bagi aku kena tangkap. Saya boleh mai ke Negeri Sembilan ni sekali ni ja lepas ni jadual padat. Insya-Allah akan adalah dicuri kesempatan untuk datang sekali lagi, hari kita tubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan.
Harapan kita dah cerah, jalan kita dah nampak. Kita tahu dah anak belum keluar misai sudah nampak. Orang tua-tua kata dia tahu anak jantan. Anak belum keluar misai sudah nampak. Kita tahu dah jalan ni boleh. Maka mailah kita sama-sama, UMNO, PAS, rakan-rakan atas pagar hat tak tahu nak undi siapa ni, ramai juga. Berilah peluang kepada penyatuan ini terus berkembang dengan memenangkan BN dan PN di Negeri Sembilan.
Tuan-tuan yang ada di luar, yang main dalam med sos, berilah semangat, berilah harapan, tiupkan bahawa kami menyokong penyatuan ini untuk melihat satu era baru lahir selepas kita ambil alih Putrajaya satu hari nanti dalam PRU16. Masa tu saya, hangpa nak suruh saya pencen pun saya boleh. Hangpa nak suruh saya jadi menteri dalam negeri pun boleh.
Orang PAS tak pernah minta jawatan tuan-tuan. Tak pernah. Dan kita pun tak pernah berangan-angan, untuk dijadi apa-apalah, asalkan ummah ini bersatu, bangsa ini tidak bercerai-berai, agama didaulatkan, PAS sanggup pi mana saja ketika letih, ketika penat, ketika senang, ketika susah, ketika ada duit semuanya kita akan pi. Pasal tulah di sini tuan-tuan, PAS Kedah mai, PAS Pahang pun mai. Nak tolong bagi menang Ustaz Fairuz. Satu kerusi daripada kerusi-kerusi 36 nak tubuh kerajaan di Negeri Sembilan ni.
Mai pakat tolong, mai pakat bekerja, keluar undi ramai-ramai. Yang anak-beranak kita, saudara mara, sahabat andai, rakan-rakan saya, pengundi DUN Serting yang tinggal di luar parlimen Jempol, yang duduk Kuala Lumpur, yang duk Perak, duk Johor, duk Negeri Sembilan juga tapi tempat lain ada 11,000. Tuan-tuan, saya rayu tuan-tuan balik lah mengundi sekali ini ja kami perlu jasa tuan-tuan. Tuan-tuan akan lihat perubahan besar berlaku di Negeri Sembilan yang kita cintai ini. Balik mengundi. Adik-adik semua. Kawan-kawan yang ada di universiti suruh depa balik. Yang bekerja di KL suruh depa balik. Dekat ja, doket jo.
Doket jo. Jangan buat leceh. Jangan gaduh-gaduh, pakat balik. Jangan fikir dua tiga kali. Jangan dengar cakap Anwar Ibrahim. Jangan dengar cakap Anthony Loke. Jangan dengar cakap Mat Sabun. Jangan dengar. Depa ni out dah. Out of state. (tak faham) Tak ada, peluang depa habis. Kita nampak dah game depa, hancur. Negara ni akan hancur. Perubahan kena dibuat sekarang. Kita mulakan di Negeri Sembilan. Insya-Allah. Saya doakan orang Serting undi Ustaz Fairul Isa. Di mana-mana DUN pun undi BN, undi PN. Kita bawalah perubahan besar. Kita bayangkanlah hebatnya bangsa kita memimpin kembali tanah ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





