29 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes kematian Anna Jenkins: Anak tuntut polis siasat unsur culik, bunuh

    Shopee Sale

    Anak lelaki warga Australia Anna Jenkins, iaitu Gregory Steven Jenkins hari ini tampil membuat laporan polis susulan alasan penghakiman Mahkamah Tinggi yang menyentuh mengenai kelemahan dalam siasatan kes berhubung kehilangan dan kematian wanita itu.

    “Saya datang dari Australia untuk membuat laporan polis susulan alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Mei lepas yang menyatakan bahawa kes itu tidak pernah disiasat sebagai kemungkinan berlaku penculikan, pembunuhan dan penahanan salah sebaliknya diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

    “Akibatnya, banyak perkara terlepas pandang dan tidak disiasat… oleh itu, kami memohon agar pihak polis meneruskan siasatan kes ini dari sudut penculikan, pembunuhan dan penahanan salah,” katanya pada sidang media di George Town hari ini.

    Beliau berkata keluarganya tidak mengetahui punca sebenar kematian Anna namun berharap siasatan lanjut dapat mengenal pasti apa yang berlaku dan pihak yang mungkin terlibat.

    MENARIK:  Pejabat MB nafi Amirudin ke Selayang tapi petunjuk kuat

    Sebelum ini, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan terbuka berhubung kematian wanita itu selepas mendapati bukti sedia ada tidak mencukupi untuk memutuskan kematiannya sebagai homisid namun berpandangan bahawa siasatan polis perlu diteruskan secara menyeluruh.

    Anna dilaporkan hilang pada Disember 2017 sebelum tulang belulangnya ditemukan hampir tiga tahun kemudian di kawasan berhampiran Jalan Batu Gantung.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah