27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh sumbat dalam bagasi

    Shopee Sale

    Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian bunuh seorang lelaki yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di Butterworth, 9 Okt lepas.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata lelaki dikenali sebagai Ong Wei Hai, 41, itu beralamat terakhir di A-7-07, Villa Tanjung, Jalan Villa Tanjung di Butterworth.

    "Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau kes tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Norhaslinda Rahmat di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Ketua pembangkang Korea Selatan dipenjara kerana bohong ketika kempen

    Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

    Pada 22 Okt lepas, polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang berusia 24 hingga 42 tahun secara berasingan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Perak bagi membantu siasatan kes itu.

    Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat lelaki yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar dan identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Lee Boon Han, 31, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 8 Okt.)1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah