30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis: Dakwaan warga asing cuba culik budak hanya salah faham

    Shopee Sale

    Dakwaan percubaan menculik bayi oleh dua warga asing di pasar raya di Klang pada Isnin lalu adalah satu salah faham.

    Menurut Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bayi perempuan 19 bulan, yang berada di pasar raya itu bersama-sama ibu dan ibu saudaranya, berdepan kesukaran ekoran eskalator yang rosak.

    "Kebetulan dua lelaki warga asing itu turut berada berdekatan mangsa dan mereka mengangkat mangsa dengan tujuan membantu...

    "Bagaimanapun perbuatan itu disalah erti ibu mangsa yang menyangka bahawa anaknya itu cuba dilarikan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam, seperti dilapor Harian Metro.

    Pemeriksaan mendapati dua warga asing itu bekerja secara sah di kilang berdekatan dan sering ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan.

    Hussein berkata mereka juga tidak cuba melarikan diri ketika ditangkap orang awam.

    MENARIK:  Isu pelan liberalisasi visa, nilai ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat

    "Bagaimanapun, kertas siasatan akan kita lengkapkan dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.

    "Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya memegang anak orang lain terutamanya yang tidak dikenali kerana ia akan menimbulkan salah faham dan panik," katanya lagi.

    Gambar dan video insiden itu telah tular di media sosial, dengan wajah dua warga asing itu tidak dikaburkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah