24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu ucapan Mat Sabu: Jangan kaitkan institusi diraja dengan politik – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengaitkan institusi diraja dalam polemik politik, khususnya ketika suasana menjelang pilihan raya.

    Dia menegaskan sebarang perbezaan pandangan atau kenyataan yang timbul dalam kalangan ahli politik perlu ditangani secara matang tanpa melibatkan institusi diraja.

    "Ini pilihan raya, biar yang terlibat (sahaja yang berpolitik). Jangan kaitkan institusi suci Raja-Raja," katanya.

    Anwar berkata kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) di Alor Gajah hari ini.

    MENARIK:  Tragedi heli: Mangsa diberi penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM

    Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang didakwa sesetengah pihak sebagai menyindir institusi diraja ketika berucap pada majlis pengumuman calon PH di Johor, Isnin lepas.

    Terdahulu, majlis sesi santai itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

    Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Azhar Arshad.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah