25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis cari warga warga asing larikan anak dari suami

    Shopee Sale

    Polis sedang giat mengesan seorang wanita warga asing yang didakwa telah melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata semalam polis telah mengesan kenyataan tular di media sosial tertera identifi dan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa diculik.

    Katanya pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami wanita itu pada 4.23 petang, semalam.

    “Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang merupakan seorang warga asing.

    “Hasil siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Benarkan anak 10 tahun pandu kereta, ibu didenda RM700

    Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selain tidak memuat naik kenyataan tidak pasti yang boleh menggusarkan masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah