25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN gesa k'jaan bantah rancangan Trump pindah rakyat Palestin

    Shopee Sale

    Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan untuk bersama-sama menentang rancangan Presiden AS Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza.

    Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata usaha kerajaan untuk membantu Gaza memerlukan penglibatan seluruh rakyat Malaysia dan semua ahli parlimen.

    "Kami tahu rakyat Malaysia berbelah bahagi dalam perkara ini, kenapa nak bantu Gaza kenapa nak bangunkan Gaza ada orang persoalkan wang cukai kita digunakan untuk Gaza.

    "Jadi itulah kita nak bahaskan nak jelaskan kepada rakyat Malaysia kepentingan kita terlibat dalam usaha ini," katanya dalam sidang media di Parlimen bersama beberapa ahli parlimen PN.

    Dia menggesa speaker Dewan Rakyat membenarkan usulnya mengadakan sidang khas mengenai Palestin, dengan berkata ia perlu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kepentingan membantu Gaza.

    Kenyataan Wan Fayhsal dibuat berikutan rancangan Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza dan menempatkan semula penduduk Palestin di tempat lain.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang lantang membela nasib rakyat Palestin, baru-baru ini mengatakan bahawa kerajaan akan membantu membina semula Gaza dengan membina sekolah, hospital dan masjid.

    MENARIK:  Muhyiddin tak dapat passport: Gagal sambut ulang tahun kahwin di Uzbekistan

    Bagaimanapun, pengumumannya itu mendapat kritikan daripada bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz, yang mencadangkan perdana menteri mengutamakan penyelesaian isu domestik.

    Pada sidang media hari ini, Wan Fayhsal mengecam lagi kenyataan Trump, menyifatkannya sebagai penghapusan etnik dan satu bentuk neo-kolonialisme.

    Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah, yang turut hadir, berkata negara perlu tegas menyatakan pendiriannya terhadap perkara itu kerana kenyataan Trump baru-baru ini akan menjejaskan kestabilan rantau Asia Barat.

    “Tidak ada negara yang boleh memiliki bangsa lain dan kenyataan Trump ini sangat berbahaya kepada masyarakat dunia termasuklah Gaza yang dia ketahui dalam keadaan yang sangat parah selepas peranang lebih 15 bulan itu," katanya.

    Saifuddin seterusnya meminta parti komponen kerajaan perpaduan menyatakan dengan jelas sama ada mereka menyokong proses pemulihan Gaza.

    Dia berkata beberapa ahli parlimen dari blok kerajaan telah menyatakan ketidaksetujuan mereka semalam, yang membayangkan perpecahan dalam kerajaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah