25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR tunda tarikh pencalonan pemilihan peringkat pusat

    Shopee Sale

    PKR hari ini mengumumkan proses pencalonan dan pengundian pucuk pimpinan pusat parti itu ditangguhkan kepada 8 dan 9 Mei.

    Dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial, parti itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan bagi penangguhan tersebut.

    “Dimaklumkan bahawa jawatankuasa pengundian pusat (JPP) telah memutuskan untuk menangguhkan proses pencalonan pengundian peringkat pusat yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei.

    “Tarikh baru pencalonan peringkat pusat akan berlangsung pada 8 Mei bermula jam 12 pagi hingga jam 11.59 malam pada 9 Mei.

    "Seluruh proses akan dijalankan secara dalam talian," kata notis yang dikeluarkan pengerusinya Dr Zaliha Mustafa.

    Pengumuman itu keluar ketika beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap proses pengundian peringkat cabang yang berlangsung baru-baru ini. Ia menyaksikan sejumlah tokoh – termasuk dalam kalangan menteri atau wakil rakyat – dikalahkan oleh pencabar dalam kalangan ahli biasa.

    Sesetengah pihak menganggap calon berpengaruh yang kalah itu merupakan tokoh dalam kalangan kem Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

    MENARIK:  Anwar akui tak semua keputusan kerajaan popular

    Kegagalan atau kekalahan mereka memberi gambaran bahawa Menteri Ekonomi terbabit berdepan jalan sukar untuk mempertahankan jawatan nombor dua parti apabila pengundian peringkat pusat dijalankan tidak lama lagi.

    Rafizi juga dilaporkan "bercuti" selama beberapa hari

    Antara yang tewas dalam pengundian peringkat cabang ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir; dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

    Beberapa calon sudah memfailkan aduan dengan mempersoalkan integriti sistem pengundian dan mendakwa wujudnya "tangan ghaib" yang campur tangan dalam keputusan tersebut.

    Presiden PKR, Anwar Ibrahim, kemudian mengesahkan bahawa juruaudit bebas dilantik untuk menangani aduan yang diterima mengenai dakwaan penyelewengan proses pengundian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah