Pelakon Ruhainies tampil mempertahankan dirinya selepas sering menjadi mangsa kecaman berikutan kontroversi isu melibatkan selebriti terkenal Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: ‘Tampil Bercakap Benar Seperti Yang Awak Katakan Kepada Ibu Saya’ – Sarah Yasmine Tuntut Janji Daripada Bella & Didi Astillah
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dakwa Keluarga Aliff Aziz Tiada Di Kuala Lumpur Ketika Kes Khalwat
Pertelingkahan Ruhainies & Sarah

Menerusi hantaran di Threads, wanita yang didakwa pernah terkait dengan Aliff iaitu Sarah Yasmine membalas kenyataan pelakon, Didi Astillah dengan menggesa untuk membersihkan namanya serta mendedahkan tentang perkara sebenar.
Masa itu bukan main lagi bawa aku ke cafe buat kronologi. Kau tahu benda ini korang yang suruh aku buat, hilang, lesap, tiap kali nak berbual cerita sebenar pasal korang je pandai screenshoot, text, suruh move on.
Bersihkan nama aku sebelum aku yang keluarkan cerita sebenar. Semua ini pasal apa korang dah buat dan cakap.
Ruhainies kemudian dilihat membalas hantaran tersebut dengan mendakwa Sarah telah menyebarkan perkara yang tidak benar tentang dirinya.
Hari itu bukan main lancang buat kisah benda yang tak wujud tentang saya. Mereka yang ajar ke?
Mereka fitnah, awak pun sama naik fitnah. Seronok sangat hari itu? Mentang-mentang saya diam.
Reputasi tercalar

Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi berdiam diri selepas mendakwa terdapat segelintir pengikut atau ‘troopers’ yang sengaja mencetuskan provokasi terhadap dirinya.
Demi reputasi saya yang sudah lama tercalar, saya rasa kali ini saya tak akan berdiam diri sehingga kamu semua bercakap benar.
Saya selama ini diam sebab saya bahagia dengan hidup saya, tapi ‘troopers’ asyik memprovokasi saya. Mereka sengaja cuba buat saya bongkarkan perkara yang sudah lama saya simpan.
Meksipun tidak menyatakan dengan terperinci, namun Ruhainies berkata, dia akan mengambil tindakan terhadap tiga individu yang didakwa terlibat di dalam konflik tersebut.
Tindakan perlu diambil terhadap kamu bertiga, atau awak akan bercakap benar.
Terdahulu, kemelut di antara mereka terjadi susulan isu khalwat melibatkan Ruhainies dan Aliff pada Mac 2024 sehingga membawa kepada perceraian aktor itu dengan bekas isterinya, Bella Astillah.
Sumber: Threads
The post ‘Demi Reputasi Saya..’ – Ruhainies Pertahankan Diri, Saling Berbalah Dengan Sarah Yasmine Di Threads first appeared on OHBULAN!.





