25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar akui tak semua keputusan kerajaan popular

    Shopee Sale

    Perdana menteri Anwar Ibrahim mengakui tidak semua keputusan dan dasar kerajaan popular atau cepat membuahkan hasil.

    Bagaimanapun Anwar berkata keputusan itu dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, untuk memastikan dasar-dasar tersebut memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

    "Sebagai contoh; penyasaran subsidi diesel dan sebelumnya tentang tarif elektrik yang digerakkan oleh Kerajaan Madani untuk menutup ketirisan sekian lama dek subsidi pukal yang telah disalurkan kepada pihak yang paling kaya, yang saya sebut sebagai mahakaya dan orang asing tiga setengah juta orang yang tidak layak menerima subsidi,” katanya.

    Anwar berkata demikian dalam ucapan sempena tahun baru 2025 yang disiarkan di saluran stesen televisyen tempatan hari ini.

    Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun lalu dalam usaha untuk megurangkan perbelanjaan dan membendung aktiviti penyeludupan.

    Berikutan itu, harga diesel diapungkan mengikut kadar pasaran dan dikemaskini setiap minggu seperti RON97.

    Kerajaan turut menegaskan bahawa langkah itu perlu diambil meskipun menerima kritikan.

    Dalam ucapannya hari ini, Anwar turut menyentuh perananan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun depan.

    Menurutnya, kerumitan landskap global pada ketika kini menuntut Asean melakar perananan dan pengarahan baru dengan mengangkat tema "keterangkuman dan kemampanan"

    MENARIK:  Sultan Abdullah: Bersatu padu, kerjasama jaga keamanan negara

    "Maka untuk maksud ini, kita harus bersama menjunjung prinsip striving for excellence, maknanya berusaha mencari jalan dan kaedah supaya mencatat kecemerlangan, mengukuh perpaduan di dalam negara kita dahulu.

    "Sebab sebelum kita melangkau ke rantau dan ke pasaran antarabangsa negara harus teratur dengan baik, tatakelola mesti dimantapkan, ketirisan dan rasuah mesti dibanteras, barulah kita akan perolehi penghormatan sebagai satu negara yang berdaulat, merdeka dan bertanggungjawab," katanya.

    Dalam pada itu Anwar berkata kerajaan memberi jaminan bahawa segala usaha akan terus dijalankan di semua negeri yang terlibat dengan bencana banjir bagi memastikan bantuan disampaikan segera.

    Menurutnya kerja pemulihan dan bantuan akan diselenggara oleh semua agensi kerajaan pusat, persekutuan dengan kerjasama jentera negeri dan kerajaan tempatan atau jajahan.

    "Operasi kesiapsiagaan sejak awal telah dirangka secara mampan agar dapat mengelak dari dampak yang buruk dari musibah tersebut.

    “Insya-Allah, kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak,"ujarnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah