31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atikah Suhaime Dedah Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati – ‘Adakah Ini Normal?’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi tentang perubahan emosinya terhadap suami, iaitu usahawan, Datuk Lokman Teh terutama ketika datang bulan.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Dedah Diet Sepanjang Tahun – ‘Mak Darah Pakistan, Senang Gemuk’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Terima Jambangan Bunga Duit RM10K Daripada Suami – ‘Terima Kasih Baby, Saya Sayang Awak’

    Atikah rasa ‘annoyed’

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, mengakui persepsinya terhadap karakter suami berubah selepas mendirikan rumah tangga.

    Ujian selepas kahwin itu betul. Pelik, sebelum kahwin saya selalu rasa yang suami saya sangat sempurna.

    Tapi lepas berkahwin, semua benda suami buat saya rasa annoyed.

    Pelakon berasal daripada Singapura ini juga sedar perubahan emosi tersebut sering berlaku ketika mengalami haid, lalu dia mengambil pendekatan untuk mengamalkan beristighfar.

    Bagaimanapun, Atikah berkata, emosinya akan kembali stabil selepas selesai haid dan dia boleh kembali beribadah.

    Saya selalu amalkan istighfar 100 kali selepas subuh kemudian perlahan-lahan lembut balik hati dekat suami.

    Saya perasan setiap kali kalau haid mesti akan mula bergaduh dengan suami sebab saya tak solat dan tak zikir.

    Kalau habis haid, saya mula solat dan zikir balik baru okay.

    Adakah ini normal? Atau ini yang orang panggil ‘ain’?

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat situasi yang sedang dihadapi Atikah adalah normal kerana perubahan hormon dan emosi wanita semasa datang bulan.

    MENARIK:  Pempengaruh Syukur Perkahwinan Kekal Lebih Sedekad, Nafi Kahwini Wanita Berusia Sebab Harta

    Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.

    Sumber: Threads

    The post Atikah Suhaime Dedah Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati – ‘Adakah Ini Normal?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah