29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR Tebrau tuntut kekal tanding DUN Tiram

    Shopee Sale

    PKR Cabang Tebrau sebulat suara menuntut agar kerusi DUN Tiram kekal ditandingi oleh PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, menyifatkannya sebagai kerusi tradisi yang mempunyai asas sokongan kukuh.

    Ketua PKR Cabang Tebrau, Prakash Maniam berkata, pendirian tegas itu disuarakan oleh ahli dan jentera akar umbi dalam satu mesyuarat khas bagi membincangkan peranancangan serta gerak kerja mendepani pilihan raya.

    "Kawasan berkenaan telah lama dibangunkan melalui gerak kerja berterusan oleh jentera parti selama bertahun-tahun.

    "Kekuatan parti terletak pada kesatuan anggota. Apabila akar umbi bersuara, kepimpinan wajib mendengar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada 31 Mei, penyandang Adun Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bersara daripada politik dan mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya akan datang.

    Sejak itu, penyokongnya dan pengkritik DAP telah menyasarkan komponen PH selepas Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, mendedahkan bahawa parti itu berhasrat untuk meletakkan Marina bertanding di kerusi DUN Tiram yang didominasi pengundi Melayu.

    MENARIK:  Najib aktif kawal operasi SRC melalui CEO

    Krisis dalaman DAP itu secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa DUN Tiram mungkin tidak akan ditandingi PKR.

    Pada PRU ke-14, wakil PKR S Gopalakrishnan menewaskan calon BN Maulizan Bujang yang merupakan Adun Tiram selama tiga penggal dengan majoriti 8,098.

    Namun, dia kemudian gagal mempertahankan kerusinya dalam PRN Johor pada 2022 selepas kalah kepada calon BN Azizul Bachok dalam pertarungan tujuh penjuru.

    Mengulas lanujut, Prakash berkata bahawa penghormatan terhadap suara anggota di peringkat lapangan, sejarah perjuangan parti, dan kekuatan organisasi tempatan adalah faktor kritikal yang wajib diambil kira oleh pimpinan tertinggi dalam menentukan pembahagian kerusi.

    "Suara akar umbi yang hadir pada mesyuarat ini amat jelas bahawa mereka mahu melihat PKR terus bertanding di DUN Tiram, memperkukuhkan jentera parti, dan memastikan suara anggota sentiasa diberi perhatian dalam setiap keputusan yang melibatkan masa depan parti," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah