Pelakon, Datuk Remy Ishak menyifatkan watak Awang dalam filem Khadam antara naskhah paling mencabar yang pernah dibawanya sepanjang bergelar pelakon.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Kongsi Fasa Tanpa ‘Job’, Akui Reda Dengan Hasutan Pihak Ketiga – ‘Orang Ingat Saya Hilang, Rupanya Ditanam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Seorang Hamba Allah Tak Nak Saya Ada Dalam Sebuah Filem, Dia Ugut Producer..’ – Remy Ishak
Watak berat

Ketika ditemui , pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak, 44, berkata watak itu sangat sarat dengan emosi sehingga dia bergelut dengan tekanan.
Pun begitu, Remy tetap bersyukur kerana diberikan peluang untuk membawakan karakter tersebut.
Bermain itu saya seronok, tapi proses shooting itu saya sendiri stres.
Karakternya berat. Banyak benda yang saya kena jaga dan kalau boleh saya nak cepat habis. Saya sendiri tak suka dengan watak itu.
Maksudnya, saya potray kan lelaki pada tahun era 40an, 50an yang kurang komunikasinya kepada keluarga, anak-anaknya tak tahu melahirkan rasa sayang cintanya kepada orang sekelilingnya.
Remy berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Khadam yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu lagi, watak Awang membuka matanya terhadap realiti kehidupan lelaki pada zaman dahulu yang sering disalah tafsir.
Menurutnya, golongan lelaki ketika itu berdepan kesukaran untuk menzahirkan kasih sayang serta meluahkan emosi mereka.
Perasaan itu berat. Saya rasa sangat tidak adil untuk orang dulu-dulu terus menghukum seseorang garang, jahat dan sebagainya. Tapi itu yang buat saya jadi rimas.
Apabila ditanya mengenai babak kegemarannya dalam filem itu, Remy mengakui sukar untuk memilih kerana setiap babak memberi kesan emosi yang mendalam kepadanya.
Bila ditanya pada saya babak mana yang saya suka, saya jadi sedih.
Saya seronok bermain tapi dalam setiap babak itu saya rasa takut dan juga nak buat lagi, nak buat lagi supaya mesej itu sampai.
Selain daripada Remy, filem itu turut dibintangi pelakon Indonesia, Aghniny Haque, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaff dan Karl El.
Filem Khadam akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
The post Remy Ishak Sifatkan Watak Awang Dalam Filem ‘Khadam’ Paling Mencabar Pernah Digalas first appeared on OHBULAN!.





