29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Flat haram warga asing: Tindakan diambil beberapa kali sejak 2016 – MB

    Shopee Sale

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menegaskan isu flat haram yang menempatkan warga Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa beberapa kali sejak 2016.

    Jelasnya, ia bukan perkara baru, malah notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta tindakan penguatkuasaan telah pun diambil.

    "Untuk makluman, tindakan dan penguatkuasaan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran di kawasan tersebut bukanlah perkara baru.

    "Pelbagai tindakan telah diambil oleh agensi kerajaan sejak tahun 2016 termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta tindakan penguatkuasaan oleh PDT Hulu Langat, MPKj, LUAS, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia serta perobohan.

    "Kerajaan negeri menegaskan akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Amirudin meminta orang ramai merujuk kepada fakta serta kenyataan rasmi pihak berkuasa dan tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan di media sosial berhubung isu itu.

    Isu itu muncul susulan video yang tular di media sosial berhubung kewujudan 'flat haram' yang didiami etnik Rohingya di kawasan berkenaan.

    Video tular terbabit menunjukkan kediaman bertingkat dengan laluan koridor ditutup bumbung zink, struktur dinding batu bata yang tidak disimen dengan sempurna, di samping sambungan paip air dan wayar elektrik yang mencurigakan.

    MENARIK:  GRS terus terima sokongan dari beberapa parti

    Isu itu mendapat perhatian baru-baru ini selepas pendedahan oleh penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin, 50, atau lebih dikenali dengan jolokan Pak Azad.

    Susulan itu pelbagai reaksi diberikan oleh warga net ekoran kewujudan binaan haram terbabit.

    Sementara itu, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat berkata ia telah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 822) kepada pemilik-pemilik struktur kediaman tersebut pada tahun 2017, 2020, 2021 dan terkini pada 13 Mac 2025.

    Malah, kata mereka, satu operasi perobohan telah dilaksanakan sebelum ini pada oleh PDT Hulu Langat bersama agensi penguat kuasa lain.

    "Berhubung dengan bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.

    "PDT Hulu Langat bersama semua agensi penguatkuasaan daerah sentiasa komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan berlandaskan lunas undang-undang yang berkuat kuasa," kata Pegawai Daerah Hulu Langat dalam kenyataan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah