27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sarah Masuk Wad Kecemasan, Alami Luka Dalam Tekak – ‘Setiap Hari Tidur Lewat, Sibuk Kerja & Belajar’

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi keadaan kesihatannya yang merosot sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami masalah batuk berpanjangan.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya, Suruh Dia Cari Suami Gaji RM20K, Gaji RM5K Macam Awak Tak Layak’ – Puteri Sarah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri – ‘Saya Harap Dapat Membuka Mata Yang Lain’

    Puteri Sarah tak cukup rehat

    View this post on Instagram

    A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)

    Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah memaklumkan sejak beberapa minggu lalu dia sering tidur lewat kerana perlu menguruskan pelbagai tanggungjawab termasuk perniagaan dan pengajiannya.

    Beberapa minggu lepas, saya memang asyik tidur lewat hampir setiap hari sibuk urus kerja, assignment dan macam-macam lagi. Saya ingat saya boleh je teruskan semua tu. 

    Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin serius apabila dia mula mengalami batuk yang berlarutan selama seminggu.

    Lepas tu batuk mula datang. Seminggu saya abaikan sebab ingatkan batuk biasa je. Tapi setiap malam jadi makin susah. 

    Tekak rasa macam dicucuk jarum. Nak tidur tak boleh, nak makan pun susah, lepas tu nak minum pun dah tak selesa. Pukul 6 pagi, baru saya dapat tidur sebab badan memang terlalu penat. Bila saya bangun, saya rasa sangat lemah. 

    Mak terus bawa saya ke hospital, dan rupanya saya ada banyak ulser dan luka dalam tekak.

    Susulan itu, Puteri Sarah menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan lebih peka terhadap tanda awal tubuh badan supaya tidak mendatangkan kemudaratan.

    Kalau korang batuk, rasa demam, cepat penat, atau badan rasa ‘tak sedap’, tolong jangan ambil ringan. 

    Rehat. Makan betul-betul. Minum air cukup. Tidur kena cukup. Semua benda boleh tunggu. Kesihatan kita tak boleh.

    Dalam masa sama, Puteri Sarah merakamkan penghargaan kepada doktor dan pasukan perubatan atas rawatan serta penjagaan yang baik sepanjang proses pemulihannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Liya Maisarah Dedah Pernah Terima Beg Tangan Bernilai RM32k Semasa Bercinta Dengan Suami – ‘Saya Tak Pernah Kikis Dia’

    Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

    The post Puteri Sarah Masuk Wad Kecemasan, Alami Luka Dalam Tekak – ‘Setiap Hari Tidur Lewat, Sibuk Kerja & Belajar’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah