28 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Viviana Menangis, Terharu Terima Hadiah iPad Dari Cik B – ‘Sebenarnya Lebih Gembira Bila Dapat Beri Apa Yang Kawan Nak”

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Cik B berbesar hati memberikan hadiah istimewa buat teman seperjuangannya di program Talk To My Manager 2 (TTMM) iaitu Viviana.

    Artikel Berkaitan: Wang Kemenangan Bukan Keutamaan Cik B – ‘Kalau Dapat RM30k Mama Boleh Je Transfer, Tapi Saya Nak Buat Dia Bangga’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Terima Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat’ – Vida

    Hadiah dari Cik B

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Cik B dan Viviana dilihat berada di dalam sebuah kedai gadget berjenama Apple. Tujuan mereka ke premis tersebut kerana Cik B berhasrat untuk membeli sebuah iPad untuk Viviana.

    Viviana atau nama lengkapnya Wirda Viviana Zairi, 21, dilihat sebak dan tidak henti-henti mengalirkan air mata kerana memberian tersebut dianggap terlalu mahal baginya.

    Saya tak pernah dapat hadiah mahal macam ini daripada kawan. Saya tak pernah minta pun, tapi betullah Cik B memang seorang kawan yang baik.

    Semoga rezeki Cik B mencurah-curah, dunia akhirat.

    Dalam pada itu, Cik B mengakui bahawa memberikan hadiah untuk teman-teman rapat adalah salah satu perkara yang menggambarkan dirinya

    Awak kan belajar muzik, boleh buat muzik pakai iPad tu.

    Dia post dekat status dia nak yang ini. Bukalah cepat jangan malu-malu.

    Walaupun kita dah tak lagi dekat TTMM, awak tetaplah ingat saya bila awak belajar guna iPad ini.

    Saya sebenarnya lebih gembira bila dapat berikan apa yang kawan saya nak.

    Tambah anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu berkata, hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan untuk Viviana yang menjadi salah seorang teman baiknya sepanjang di program berkenaan.

    Saya ikhlas nak bagi hadiah ini untuk Viviana sebab saya hargai dia sebagai sahabat saya.

    Saya gembira sangat Viviana suka.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Pujian Netizen Atas Intan Najuwa Masak Ketika Bercuti Di New Zealand - 'Duit Dia Unlimited Pun Rajin' -VIDEO

    The post [VIDEO] Viviana Menangis, Terharu Terima Hadiah iPad Dari Cik B – ‘Sebenarnya Lebih Gembira Bila Dapat Beri Apa Yang Kawan Nak” first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah