26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peter Anthony fail permohonan ketepi sabitan, hukuman

    Shopee Sale

    Peter Anthony telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk mengkaji semula keputusan menolak rayuan terakhirnya bagi membatalkan sabitan kes pemalsuan dokumen serta hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 ke atasnya.

    Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu membuat permohonan semakan pada 14 Mac lalu, berhubung keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan sepuluh hari sebelumnya.

    Sabitan dan hukuman ke atasnya berkaitan dengan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) 11 tahun lalu. 

    Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyabitkan kesalahan manakala Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan tersebut.

    Menurut undang-undang, Adun Melalap itu akan kehilangan kerusi DUN yang dipegangnya dan tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.

    Dalam salinan afidavit sokongan yang dilihat oleh Malaysiakini, Peter mendakwa Mahkamah Rayuan tidak membuat penilaian yang sewajarnya terhadap bukti baru yang dikemukakan.

    MENARIK:  114 terbunuh, 732 cedera akibat gempa bumi di Myanmar

    Apa yang didakwa sebagai bukti baru tersebut berkaitan dengan laporan polis bertarikh 9 Ogos 2018 yang dibuat oleh Mohd Shukur Mohd Din, saksi pendakwaan ketiga yang juga rakan kepada Peter.

    Peter mendakwa penilaian yang sewajarnya terhadap bukti baru tersebut seharusnya memadai untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, sekali gus membawa kepada pembebasannya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah