30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS buat keputusan besar malam ini, isyarat nampak ‘kelam’ buat Bersatu

    Shopee Sale

    PAS malam ini akan membuat keputusan penting mengenai hubungan hala tuju kerjasama antara parti itu dengan sekutunya Bersatu sama ada akan diteruskan atau sebaliknya.

    Bagaimanapun, isyarat ke arah masa depan positif kedua-dua parti yang bergandingan sejak Langkah Sheraton pada 2020 itu nampak sedikit kelam.

    Beberapa jam sebelum mesyuarat berlangsung pada jam lapan malam ini, pemimpin PAS seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan itu akan berakhir meskipun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan hubungan.

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebooknya berkata "kepercayaan yang terguris bukan mudah dipulihkan".

    Katanya, hubungan politik yang dibina atas nama persefahaman dan kepercayaan tidak boleh hanya dinilai berdasarkan kenyataan yang baik.

    "Sebab itulah saya berpandangan bahawa apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh PAS dalam masa terdekat pasti akan mengambil kira bukan sahaja keadaan semasa, tetapi juga rentetan peristiwa yang telah menghakis kepercayaan yang diberikan selama ini.

    "Kepercayaan bukan dibina melalui ucapan. Ia dibina melalui tindakan. Dan apabila kepercayaan itu terguris, proses untuk memulihkannya jauh lebih sukar daripada proses untuk merosakkannya," katanya.

    Ahmad Fadhli Shaari

    Selain itu, katanya, dalam isu Perlis, sehingga hari ini ramai masih tertanya-tanya mengapa Bersatu begitu tergesa-gesa menghantar nama calon menteri besar bagi menggantikan pemimpin PAS Shukri Ramli.

    "Pada waktu itu, adakah hubungan baik dengan PAS benar-benar diambil kira? Jika alasan yang diberikan ialah wujudnya 'titah diraja', maka persoalannya mudah. Adakah benar wujud titah sedemikian seperti yang didakwa?," soalnya lagi.

    MENARIK:  Mustapha Sakmud dilantik pengerusi PH Sabah yang baru

    ‘Perlekeh’ jawapan Muhyiddin?

    Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden pula dilihat "memperlekeh" jawapan Muhyiddin kepada surat balasan PAS.

    Dia merujuk kepada surat Bersatu bertarikh 25 Me sepanjang  13 muka surat sebagai respons balas terhadap sidang media Presiden PAS pada 22 Mei 2026 berkaitan kajian semula hubungan kedua-dua parti.

    “Bezanya, PAS tidak buat kenyataan media hanya semata-mata nak beritahu ia menerima surat dan menjawab surat,” sindirnya.

    Afnan Hamimi Taib Azamudden

    Jawatankuasa Pusat PAS yang dipengerusikan oleh Presiden Abdul Hadi Awang dijadual bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

    Difahamkan sidang 40 anggota itu menilai dua kertas cadangan yang menyokong kerjasama dengan Bersatu dan satu lagi cadangan sebaliknya.

    Satu cadangan dikatakan datang daripada pihak dalaman dan satu lagi dibantu oleh ahli akademik dan bijak pandai PAS.

    Setakat ini belum pasti sama ada keputusan akan dihebahkan kepada umum malam ini.

    Terdahulu, Hadi berkata Majlis Syura diketui oleh Mursyidul Am Hashim Jasin menyerahkan keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti.

    Sementara itu, seorang pemimpin kanan PAS memberitahu Malaysiakini, apa sahaja boleh berlaku mengenai hubungannya parti itu dengan Bersatu.

    "Situasi agak tegang, apa sahaja boleh berlaku. Tak mustahil boleh putuskan kerjasama, namun semuanya akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat.

    "Ada cadangan suruh PAS tamatkan kerjasama, ada juga cadangan agar PAS kekal, kita tunggu dan lihat," kata pemimpin enggan dinamakan itu kepada Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah