31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Serang Bekas Pasangan Selepas Putus Tunang, Bakal Ibu Mentua Maut Ketika Cuba Selamatkan Anak

    Shopee Sale

    Seorang lelaki tergamak membunuh bakal ibu mentua dan mencederakan bekas tunangnya gara-gara perkahwinan yang dirancang telah dibatalkan.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Simpan & Mak*n Anggota Badan Manusia, Curi Mayat Dari Hospital & Kubur

    Artikel Berkaitan: Mayat Budak Tiga Tahun Disorok Dalam Guni, Disyaki Dirog*l & Dibun*h

    Putuskan pertunangan

    Memetik laporan Indian Express, kejadian yang berlaku di sebuah kampung berhampiran Mallankinaru, India pada Rabu itu menyaksikan suspek membawa senjata tajam dipercayai sebilah sabit sebelum bertindak menyerang mangsa.

    Mendengar jeritan anaknya meminta pertolongan, ibu mangsa berlari keluar rumah untuk menghalang serangan itu.

    Bagaimanapun, suspek dipercayai mengalihkan serangannya kepada wanita tersebut sehingga menyebabkan kematian.

    Dalam insiden yang sama, mangsa berusia 20 tahun itu turut mengalami cedera parah dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    MENARIK:  Lelaki Mengkritik Azlee Senario Kerana Tidak Bersyukur Dengan Tawaran RM500 Sehari, Rakan Netizen Membela – 'Seharusnya Dihargai Lebih'

    Menurut pihak polis, mangsa dan suspek mengikat tali pertunangan pada April lalu, namun hubungan itu dikatakan mula dilanda konflik. Mangsa kemudian memaklumkan kepada ibu bapanya sebelum keluarga mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan.

    Difahamkan mangsa dan suspek turut mempunyai hubungan kekeluargaan.

    Susulan kejadian tragis itu, suspek berusia 45 tahun tersebut telah dibawa ke Balai Polis Mallankinaru untuk membantu siasatan lanjut.

    Sumber: Indian Express

    The post Lelaki Serang Bekas Pasangan Selepas Putus Tunang, Bakal Ibu Mentua Maut Ketika Cuba Selamatkan Anak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah