Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui kagum melihat keberanian dan kreativiti yang ditampilkan oleh penyanyi baharu terutama ketika beraksi di pentas.
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Tak Kisah Dilabel Penyanyi Majlis Kahwin – ‘Itu Rezeki, Saya Bertuah Dapat Hiburkan Mereka’
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Terhibur Dengar Sorakan Peminat Minta Kahwin Dengan Hael Husaini
Bakat muda berani, kreatif

Ketika ditemui , Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, ini mengakui bahawa bakat-bakat muda ini membuatkan dia belajar banyak perkara terutama dari segi persembahan dan cara mereka menampilkan identiti tersendiri.
Takut, sebab bakat muda ni scary! Dia orang berani mencuba semua benda. Macam saya banyak belajar juga dengan mereka sebab mereka ni berani dah tahu apa yang mereka nak.
Mereka berani untuk menjadi sesuatu kelainan dalam industri muzik kita.
Mungkin saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Mereka meletakkan segala jiwa dan raga dalam setiap persembahan.
Dalam pada itu, pelantun lagu Dayang Sayang Kamu ini berkata dia turut mengambil inspirasi daripada keberanian mereka dalam menghasilkan susunan muzik serta konsep persembahan yang lebih segar.
Macam bagi saya macam simple je tapi mereka all out. Saya kena belajar daripada mereka dari segi persembahan, kadang-kadang kita kena fikir apa lagi kelainan yang saya nak sampaikan.
Dalam perkembangan lain, Dayang tidak menolak kemungkinan untuk cuba menghasilkan lagu dan menulis lirik.
Macam saya belum ada rezeki itu (menulis lirik) lagi. Takut sebenarnya sebab saya bukan jenis yang sangat ekspresif.
Kadangkala saya macam cemburu dengan orang yang boleh menulis, sebab dia orang sangat ekspresif.
Tapi buat masa sekarang, belum lagi. Kalau ada rezeki, ada peluang, kenapa tidak? Doa-doakanlah, mana tahu ada rezeki saya kan? Kita tak tahu.
The post Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Penyanyi Baharu -‘Saya Banyak Belajar Daripada Mereka’ first appeared on OHBULAN!.





