26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perintah berkurung, sekatan internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh

    Shopee Sale

    Perintah berkurung, pemadaman nternet dan rondaan tentera diteruskan pada Selasa untuk meredakan kekacauan yang telah meragut sekurang-kurangnya 187 nyawa di seluruh Bangladesh berhubung pembaharuan dalam pekerjaan awam.

    Dalam arahan baru, kerajaan telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis, menurut laporan Agensi Anadolu. Perintah berkurung dikenakan bersama dengan penempatan tentera pada malam Jumaat lepas.

    Selaras dengan keputusan mahkamah tertinggi, kerajaan mengeluarkan pemberitahuan warta pada malam Isnin yang mengurangkan kuota kepada tujuh peratus daripada 56 peratus dalam pekerjaan awam.

    Pelajar yang membantah, yang memberikan tempoh 48 jam untuk memulihkan keadaan, berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan memberi respons kepada kerajaan selepas keadaan pulih.

    Protes pelajar bertukar ganas selepas polis dan anggota parti pemerintah Awami League didakwa melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan minggu lepas.

    Inspektor pos polis Hospital Kolej Perubatan Dhaka Md Bachchu Mia memberitahu Anadolu bahawa secara purata 70 hingga 80 pelajar dan orang awam dimasukkan ke hospital setiap hari sejak Selasa lalu.

    Sekurang-kurangnya 187 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera sejak Selasa minggu lepas. Daripada jumlah itu, 13 meninggal dunia di hospital pada Isnin, lapor akhbar nasional Prothom Alo pada Selasa.

    Sementara itu, pemimpin perniagaan semasa mesyuarat dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina pada Isnin, menyifatkan pemotongan perkhidmatan internet sepenuhnya boleh melumpuhkan perniagaan.

    MENARIK:  OIC akan adakan mesyuarat luar biasa bincang isu Somalia

    Mereka menyatakan sokongan kepada perdana menteri dan menuntut pemulihan segera perkhidmatan digital itu.

    Bagaimanapun, perdana menteri dilaporkan berkata perintah berkurung dan pemadaman internet akan diteruskan sehingga keadaan bertambah baik.

    Protes meningkat di Bangladesh sejak minggu lepas terhadap sistem kuota 56 peratus, dengan kerajaan menutup institusi pendidikan sebagai respons kepada kekacauan itu.

    Sebanyak 30 peratus daripada 56 peratus kuota dalam pekerjaan awam diperuntukkan kepada saudara-mara veteran peranang kemerdekaan.

    Bagaimanapun, mahkamah tertinggi negara itu pada Ahad mengarahkan kerajaan mengurangkan kuota kepada tujuh peratus, termasuk lima peratus untuk keturunan veteran peranang.

    Disebabkan pemadaman Internet sejak Khamis lepas, aliran maklumat dari Bangladesh telah berkurangan manakala kebanyakan media tempatan tidak dapat mengemas kini laman web mereka.

    Perkhidmatan internet jalur lebar dijangka dipulihkan pada malam Selasa.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah