27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pergantungan pada import lateks antara faktor penutupan Goodyear’

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kerajaan merancang untuk meningkatkan pengeluaran susu getah atau lateks negara tidak lama lagi, satu langkah yang bertujuan mengurangkan kerugian daripada hasil import.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia mengimport lateks bernilai RM6 bilion setiap tahun walaupun negara adalah pengeluar getah utama.

    Kebergantungan tinggi terhadap lateks import juga dipercayai menjadi faktor di sebalik Goodyear menutup kilang pengeluaran tayarnya di Shah Alam, katanya.

    “Itu telahan, antaranya ya.

    “Sepatutnya kita keluarkan lateks tetapi kerana tak ada galakan terhadap perkara itu kita terpaksa import lateks,” kata Zahid ketika menggulung titah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang ini.

    Zahid yang juga adalah menteri pembangunan luar bandar dan wilayah menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), yang ingin tahu jika keputusan syarikat gergasi pengeluaran tayar dunia itu meninggalkan Malaysia ada kaitan dengan import susu getah.

    Mengulas lanjut, Zahid berkata tiada sebab kukuh untuk Malaysia bergantung kepada import lateks.

    Justeru, katanya, kementeriannya bersama kementerian perladangan dan komoditi sedang mengusahakan kertas kabinet, untuk mencadangkan beberapa pendekatan bagi menangani isu pekebun kecil getah, termasuk pengeluaran lateks.

    MENARIK:  Trump selamat insiden tembakan di majlis Rumah Putih

    “Bayangkan kalau kita dapat keluarkan (lateks) RM6 bilion sendiri, tentunya kita dapat pertingkatkan lagi nilai ringgit kita.

    “Itu jawapannya. Simple logic yang YB sendiri harus fahami jawapannya,” kata Zahid.

    Minggu lalu, Goodyear dilaorkan merancang untuk menutup kilangnya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun ini.

    Dalam memo dalaman yang dikatakan bocor, Presiden Asia Pasifik Goodyear Tyre & Rubber Company Nathaniel Madarang berkata penutupan itu adalah sebahagian daripada "program transformasi" syarikat itu.

    Madarang menyatakan kira-kira 550 jawatan dalam operasinya di Malaysia akan terjejas.

    Kilang di Shah Alam dibuka pada tahun 1972.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah