34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga tolak isteri ke dalam gaung didakwa di mahkamah

    Shopee Sale

    Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Kangsar  hari ini atas dua pertuduhan iaitu mengugut dan cuba membunuh isterinya bulan lepas.

    Tertuduh Mohd Azzuan Ahmad, 39, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

    Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Azzuan dituduh menakutkan secara jenayah dengan ugut hendak menyebabkan kematian terhadap isterinya Nor Diyanah Ahmad, 32, dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Kuala Kangsar dalam daerah Kuala Kangsar pada waktu malam, 26 Julai lepas.

    Bagi pertuduhan berkenaan, lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Mohd Azzuan juga didakwa cuba membunuh Nor Diyanah sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan antara 4 pagi hingga 5 pagi di tepi jalan berdekatan Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, daerah Gerik, pada 27 Julai lepas.

    Bagi pertuduhan kedua itu, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera pada mana-mana orang,  hendaklah dikenakan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Hari Isnin

    Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan menawarkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan kedua, namun sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan beliau mencadangkan RM20,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

    Bagaimanapun, Hakim Rohaida tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Hennie Soraya Hanafi dan menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes.

    Pada 1 Ogos lepas, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila bukan sahaja dicekik, malah ditolak ke dalam gaung oleh suaminya di Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah