34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lenggong, Sarawak Delta diiktiraf sebagai Taman Geologi Global Unesco

    Shopee Sale

    Lenggong di Perak dan Sarawak Delta di Sarawak, melakar pencapaian Malaysia apabila masing-masing diiktiraf sebagai Taman Geologi Global Unesco, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam peta warisan dan pelancongan dunia.

    Di Semenanjung, Lenggong mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya kawasan yang memegang dua pengiktirafan antarabangsa Unesco — selepas sebelum ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada 2012.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah berkata status terbaru itu melengkapkan profil kawasan berkenaan sebagai destinasi penting yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kepentingan sejarah awal tamadun manusia.

    "Setelah menerima status Unesco Global Geopark dan sebelum itu menerima status Tapak Warisan Dunia Unesco, menjadikan Lenggong antara kawasan yang menerima dua status bertaraf dunia.

    "Di Semenanjung Malaysia, Lenggong satu satunya kawasan yang menerima dua status tersebut," katanya pada satu kenyataan.

    Dia berkata pengiktirafan rasmi sebagai Taman Geologi Global Unesco diterima dalam satu majlis di Ibu Pejabat Unesco di Paris, Perancis, sekali gus mengangkat nama Perak dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Pada majlis itu, Shamsul Anuar memaklumkan dia bersama Badan Pengurusan Lenggong Geopark mengiringi Menteri Besar Saarani Mohamad untuk menerima pengiktirafan status berkenaan.

    Taman Geologi Global Unesco merujuk kepada kawasan geografi yang mempunyai kepentingan geologi antarabangsa dan diurus secara holistik berteraskan perlindungan, pendidikan serta pembangunan mampan.

    Lenggong sebelum ini diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan pada 16 Dis 2021 susulan nilai geologi luar biasa, biodiversiti kaya serta warisan budaya unik yang dimilikinya. Kawasan itu merangkumi tasik, sungai, gunung dan tapak arkeologi yang penting untuk penyelidikan saintifik global.

    MENARIK:  Peluasan SST: Naratif kerajaan ‘Robin Hood’ hanya sandiwara - Muhyiddin

    Shamsul Anuar berkata pencapaian itu dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan selain membuka peluang kepada pembangunan komuniti melalui pelbagai inisiatif seperti program geosekolah, keusahawanan pelancongan dan aktiviti kebudayaan.

    “Lenggong Unesco Global Geopark melambangkan sebuah landskap penting yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kepentingan sejarah. Ia merangkumi pelbagai ciri semula jadi seperti tasik, sungai, gunung serta tapak arkeologi yang berkait rapat dengan sejarah awal tamadun manusia.

    "Elemen ini menjadikan Lenggong sebuah lokasi penting bukan sahaja untuk pelancongan malah bagi penyelidikan saintifik bertaraf antarabangsa dan penting kepada dunia," katanya.

    Sementara itu di Sarawak, Sarawak Delta Geopark yang meliputi kawasan seluas 3,112 kilometer persegi turut menerima pengiktirafan sama.

    Jabatan Perhutanan Sarawak memaklumkan sijil pengiktirafan itu disampaikan di Paris pada 27 April, dengan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Len Talif Salleh mengetuai delegasi negeri untuk menerima anugerah berkenaan.

    Menurut kenyataan itu, pengiktirafan tersebut mencerminkan kejayaan usaha berterusan melibatkan komuniti tempatan, agensi kerajaan, penyelidik dan rakan pemuliharaan dalam melindungi serta mengurus kawasan geopark secara lestari.

    “Majlis penyampaian sijil telah diadakan pada 27 April 2026 (semalam) di Ibu Pejabat Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu), di Paris, Perancis. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Len Talif Salleh mewakili dan mengetuai delegasi negeri ini untuk menerima sijil berkenaan.

    “Sijil disampaikan oleh Kristof Vandenberghe, Ketua Seksyen Sains Bumi dan Geopark Unesco,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah