30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal nafi Umno ‘tebuk atap’ kerajaan N9, tumbangkan PH demi pilihan raya

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menafikan partinya bekerjasama dengan PN untuk menubuhkan “kerajaan pintu belakang” di Negeri Sembilan.

    "Saya kekal dengan prinsip saya sejak dari dulu lagi, untuk Umno tarik sokongan dari kerajaan perpaduan dan jadi pembangkang yang bermaruah ataupun kita hadapi pilihan raya bukan dengan cara menubuhkan kerajaan secara tebuk atap," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Akmal berkata tindakan Adun PN menyatakan sokongan kepada BN di Negeri Sembilan ini menunjukkan perkembangan yang baik ke arah kerjasama Umno dan PAS pada pilihan raya akan datang.

    "Umno tarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan tetapi bukan untuk menebuk atap dan gila jawatan, kita tarik sokongan atas sebab kita tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh PH.

    "Kita menghormati mandat rakyat, sebab itu saya nyatakan sebelum ini tarik sokongan dan jadi pembangkang yang bermaruah.

    "Jika menarik sokongan dan kerajaan tumbang maka kita harus melalui proses pilihan raya untuk kita serahkan semula kepada rakyat," katanya lagi.

    MENARIK:  Amaran keluar BN: Pemimpin Umno, MIC berperang di media sosial 

    Kenyataan Akmal ini susulan 14 Adun BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

    PN kemudian mengumumkan sedia bekerjasama dengan Umno melalui surat yang dihantar kepada parti itu secara serahan tangan.

    PN mempunyai tiga Adun daripada PAS iaitu Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting).

    Dua lagi Adun PN ialah wakil Bersatu iaitu Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) Ridzuan Ahmad (Gemas).

    Bagaimanapun Aminuddin dalam sidang medianya petang semalam berkata, dia akan terus berkhidmat seperti biasa selaku menteri besar.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula berkata Negeri Sembilan tidak dijangka mengadakan pilihan raya negeri di tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini.

    Namun, pengerusi PH itu menjelaskan ia bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta persidangan dewan undangan negeri (DUN).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah