Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Beby Maembong tampil memberikan pandangan susulan perdebatan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Berdiam Diri, Tetapi Bertindak Atas Nasihat Peguam’ – Beby Maembong Buka Mulut Isu Tuntutan RM80 Juta
Artikel Berkaitan: Dakwa Reputasi Terjejas, Safiey Illias Fail Tuntutan RM80 Juta Terhadap Beby Maembong?
Beby Maembong pertahankan Ratu
View on Threads
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Nurulaini Ismail atau mesra disapa Beby dilihat memberi respon terhadap komen seorang individu yang mempertikaikan anak kepada pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar, iaitu Ratu, yang lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana ia berkait rapat dengan faktor persekitaran dan keselesaan seseorang individu.
Bagi saya, sebenarnya tak ada masalah pun kalau dia memilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Malaysia kan memang negara berbilang bangsa dan bahasa, itu sebenarnya kekuatan kita. Kebanyakan daripada kita pun faham bahasa Inggeris.
Anak-anak saya pun kebanyakannya bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah. Itu bahasa yang mereka selesa guna setiap hari. Tapi itu tak bermaksud mereka tak pandai Bahasa Melayu.
Jelasnya lagi, penggunaan bahasa di rumah banyak dipengaruhi oleh keselesaan anak-anak. Namun, ia tidak menggambarkan kelemahan dalam penguasaan Bahasa Melayu, sebaliknya menunjukkan keupayaan menguasai lebih daripada satu bahasa.
Semuanya bergantung kepada persekitaran dan keselesaan. Selagi kita masih hormat Bahasa Melayu, faham dan boleh berkomunikasi bila perlu, saya tak nampak itu sebagai satu isu.
Yang penting bukan bahasa apa yang kita guna, tapi cara kita berkomunikasi dan saling menghormati antara satu sama lain.
Sumber: Threads
The post Ratu Dikecam ‘Speaking’ English, Beby Maembong Tampil Pertahan – ‘Selagi Faham & Hormat Bahasa Melayu, Tak Ada Masalah’ first appeared on OHBULAN!.





