34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bite Me Sweet’ Satukan Pembuat Kek Premium Malaysia Bersama Cef Terbaik & 5 Selebriti Korea Selatan

    Shopee Sale

    Sebuah siri realiti makanan terbaharu, ‘Bite Me Sweet’, sudah mula distrim secara eksklusif di semua pasaran platform Viu sejak 17 April lalu.

    Artikel Berkaitan: Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025

    Artikel Berkaitan: ‘Bidaah’ Drama Paling Popular Di Penstriman Malaysia & Indonesia

    5 Selebriti Korea Selatan

    View this post on Instagram

    A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

    Program ini dikendalikan oleh Yoon Shi-yoon dan menampilkan konsep yang unik apabila lima cef pastri wanita terkemuka dari Asia Tenggara digandingkan bersama lima selebriti Korea Selatan iaitu Lee Sae-on, Sung Seung-ha, Cha Joo-wan, Bae Min-ki dan Lim Sung-kyu.

    Mereka bekerjasama dalam pelbagai cabaran seperti menghasilkan pencuci mulut yang diinspirasikan daripada budaya snek Korea.

    Selain itu, Malaysia diwakili oleh Szu Lin, iaitu pengasas LinLin Cake Shop yang dikenali dengan hasil kek premium serta rekaan kreatif, dan memiliki lebih 500,000 pengikut di media sosial.

    Dalam masa sama, pertandingan ini turut disertai cef dari Hong Kong, Thailand dan Filipina, masing-masing membawa keunikan rasa dan identiti tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian dunia pencuci mulut serantau.

    Gabungan unsur kecantikan & fesyen

    Lebih daripada sekadar rancangan pertandingan memasak, ‘Bite Me Sweet’ mengangkat elemen inovasi dalam seni kulinari bersama visual gaya hidup yang memikat.

    MENARIK:  Peristiwa Mengharukan: Guru Merangkul Saya Sambil Menangis Beritahu Tentang Kematian Ibunda dalam Kemalangan Helikopter

    Ia menonjolkan makanan sebagai medium ekspresi budaya dan emosi, di samping menggabungkan unsur kecantikan dan fesyen bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh.

    Di samping itu, pasukan yang muncul sebagai juara akan diberi peluang membuka pop-up store Bite Me Sweet di Singapura, sekali gus membawa jenama tersebut keluar dari layar kaca ke dunia sebenar.

    Dalam pada itu, program ini diterbitkan oleh Studio CR, siri yang mengandungi 10 episod ini menjadi antara tambahan terkini dalam rangkaian kandungan realiti dan gaya hidup Viu yang kian berkembang untuk penonton serantau dan antarabangsa.

    Di samping itu, penerbitan siri ini juga merupakan hasil kerjasama pelaburan antara Viu dan Korea Creative Content Agency, susulan memorandum persefahaman yang dimeterai pada Ogos 2024.

    Sehubungan itu, kolaborasi tersebut memberi fokus kepada pembangunan kandungan premium Korea yang dipadukan dengan elemen Asia Tenggara, sekali gus berpotensi menembusi pasaran global.

    The post ‘Bite Me Sweet’ Satukan Pembuat Kek Premium Malaysia Bersama Cef Terbaik & 5 Selebriti Korea Selatan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah