Seorang mekanik yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan berkongsi momen berharga apabila hasrat memiliki sebuah lori akhirnya menjadi kenyataan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang ‘Minyak Hitam Jalanan’ Tutup Infak Sementara – ‘Saya Takut Gelap Mata & Tersalah Jalan’
Artikel Berkaitan: Abang ‘Minyak Hitam Jalanan’ Terharu Terima Tajaan Tunaikan Umrah – ‘Saya Bantu Orang Awam Ikhlas Kerana Allah’
Beli lori untuk servis minyak hitam
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Abang Minyak Hitam Jalanan atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohd Noor menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan dan doa isteri buatnya.
Menurut Yusof, dia berusaha keras selama tujuh tahun demi merealisasikan impian memiliki sebuah lori bagi mengembangkan servis minyak hitam yang diusahakan.
Terima kasih selama ini jadi tulang belakang saya.
Alhamdulillah, lori kita dah siap. Selama 7 tahun kita usaha sama-sama. Terima kasih banyak.
Mimpi jadi kenyataan.
Kalau tiada dia (isteri), mungkin aku tiada di tahap ini.
Terima kasih sebab selalu ada susah dan senang.
Difahamkan, servis minyak hitam berasaskan lori itu telah mula beroperasi dengan meliputi kawasan sekitar Petaling Jaya dan Damansara.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tumpang gembira melihat kejayaan Yusof yang sering berkongsi rezeki dengan pelanggannya.
Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan agar sentiasa menjaga hubungan suami isteri walau apa jua keadaan.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Yusof membantu seorang individu iaitu Dicky Yau yang sedang mengalami kerosakan motosikal.
Yusof sebelum ini kerap berkongsi kandungan di akaun TikTok miliknya iaitu “Minyak Hitam Jalanan”, yang memaparkan usahanya membantu individu yang berdepan masalah kerosakan motosikal tanpa mengharapkan balasan atau bayaran.
Sumber: TikTok @minyakhitamjalanan
The post [VIDEO] Abang ‘Minyak Hitam Jalanan’ Kini Miliki Lori, Tujuh Tahun Kejar Impian – ‘Tanpa Isteri, Aku Tiada Di Tahap Ini’ first appeared on OHBULAN!.



“kami dah ON pakai lori 27/4/2026, Location 2ptg sampai 5ptg di tasik ikea damansara & malam kami di taman kota PJ kota Damansara 7malam sampai 10malam #fyp#fyps#masukberandafypシh#alhamdulillah


