26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengurus didenda kerana benarkan al-Quran dijilidkan di kilang bukan Islam

    Shopee Sale

    Seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini, kerana tidak mematuhi syarat lesen Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) dengan membenarkan 2,540 naskhah al-Quran dijilidkan di sebuah kilang milik bukan Islam, tahun lepas.

    Majistret Nur Natasha Mohtarudin ketika menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Idora Abdul Rashid, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) turut memerintahkan wanita itu, menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

    OKS membayar denda itu.

    Idora, didakwa tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan LPPPQ, Kementerian Dalam Negeri (KDN), iaitu dengan membenarkan naskhah al-Quran dijilidkan oleh kilang itu, yang OKS tidak mematuhi syarat lesen.

    Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 3 petang, 5 Sept 2023.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 5(7) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun.

    MENARIK:  MIC: Surat kepada PN mohon maklumat keahlian, proses penyertaan

    Terdahulu, Pegawai Pendakwa KDN Selangor Mohd Amin Azhar Qairil Yusoff, memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada OKS.

    Bagaimanapun, OKS yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan kali pertamanya.

    Berdasarkan fakta kes, pihak berkuasa telah membuat rampasan melibatkan 2,540 al-Quran kerana didapati pencetakannya tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan LPPPQ, KDN iaitu dengan membenarkan naskah Al-Quran itu dijilidkan oleh sebuah kilang milik bukan Islam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah