28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemerdagangan manusia: Peranan Datuk Seri cari pelabur disiasat – IGP

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat perananan seorang Datuk Seri, yang disyaki menjadi dalang dalam kes pemerdagangan manusia di Myanmar.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan kini tertumpu kepada perananan Datuk Seri itu dalam mengenal pasti pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di Myanmar.

    "Kita juga menyiasat perananan seorang lelaki disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari pelabur-pelabur yang berjaya dipujuk, selain mengenal pasti hubungan beberapa individu serta dua ahli perniagaan warga China dalam kes berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata polis juga telah mengambil keterangan dua lagi individu berhubung siasatan sindiket itu menjadikan keseluruhan 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini.

    Secara keseluruhan, proses merakam percakapan itu membabitkan seorang ahli politik dan suaminya, ahli perniagaan serta beberapa individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan portal tempatan.

    MENARIK:  Skim insurans kesihatan guna KWSP sukarela, bukan wajib - Dzulkefly

    Semalam, media tempatan melaporkan PDRM sedang menganalisis dan meneliti kedudukan kewangan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah