34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PDRM bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pengasas program motivasi rumah tangga, eHati, dan suaminya yang dipercayai berada di luar negara.

    Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika kedua-dua suspek terbabit ditangkap.

    “PDRM percaya dua suspek itu masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya.

    Shazeli berkata demikian pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

    Pada 14 Nov tahun lepas Shazeli berkata pengasas program motivasi eHati itu bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke luar negara.

    MENARIK:  Rusuhan: Rakyat M'sia di UK dinasihat daftar dengan Suruhanjaya Tinggi

    Pasangan terbabit bertindak begitu sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah.

    Ketika itu pasangan berkenaan dipercayai berada di sebuah negara di Asia Tenggara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah